Hi, what are you looking for?

Mamak News

Anak kematian ibu dapat manfaat Simpan SSPN Prime


PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Ziarah PTPTN Prihatin telah mengunjungi waris Allahyarhamah Nor Azira Mohamed iaitu anak sulungnya untuk menerima manfaat takaful.

Nur Adriana Aleeya Zulkifli menerima manfaat takaful yang diserahkan oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selinsing, Mohamed Noor Dawoo bertempat di kediaman nenek beliau.

PTPTN dalam kenyataannya berkata, Nor Azira Mohamed, 41, yang bekerja sebagai penyelia stor telah meninggal dunia pada September 2021 lalu akibat wabak Covid-19 dan merupakan pendeposit Simpan SSPN Prime dengan membuka akaun tiga orang anak beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ketika disahkan meninggal dunia, beliau mempunyai simpanan di dalam Simpan SSPN Prime yang melayakkan beliau menerima manfaat perlindungan takaful bersamaan dengan jumlah simpanan beserta khairat kematian sebanyak RM2,000.

“Simpan SSPN Prime dapat memberikan manfaat perlindungan takaful percuma secara ringgit ke ringgit kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas sekiranya berlaku kematian kekal kepada mereka,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, PTPTN menyatakan sehingga 30 Jun 2022, sebanyak 3,203 tuntutan telah dibayar dengan jumlah manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian percuma sebanyak RM27.19 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Nilai manfaat ini tidak dapat menggantikan kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa, namun simpanan di dalam Simpan SSPN Prime dan nilai manfaat yang diterima ini dapat menampung kos pendidikan anak-anak yang ditinggalkan.

“Allahyarhamah Nor Azira membuat pilihan tepat membuat perancangan kewangan bagi masa depan pendidikan anaknya melalui Simpan SSPN Prime bagi memastikan pendidikan dan masa depan anak-anaknya terus terjamin,” katanya.

Tambah PTPTN, Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga, patuh syariah dan dijamin oleh Kerajaan.

“Secara keseluruhan sehingga 30 Jun 2022, sebanyak 5.4 juta akaun Simpan SSPN telah dibuka dengan deposit simpanan berjumlah RM12.5 bilion,” katanya. – KOSMO! ONLINE.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications