Hi, what are you looking for?

Mamak News

Anak mula tanya, rindu daddy – Isteri Hawari


SEBERANG PERAI – “Daddy mana, bila daddy balik”.

Demikian soal anak-anak pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim,33, yang dilaporkan hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu sembilan hari lalu.

Isterinya, Saffiyah Tang Xie Lie, 34, berkata, Hana Sakeena Muhammad Hawari, 4, dan Haris Sufian,2, sering bertanyakan soalan itu setiap malam sebelum tidur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga beranak yang juga OKU pendengaran itu masih terus berharap agar Muhammad Hawari dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

“Anak sulung kami amat rindukan daddy (Hawari) dan selalu tanya bila daddy akan pulang.

“Hana juga seorang anak yang kreatif dan ada lukis gambar ‘tersirat’ di mana kami sekeluarga berada di kawasan berbukit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia tahu daddy ada di situ dan sekurang-kurangnya gambar itu memberi harapan buat kami sekeluarga yang Muhammad Hawari akan kembali dengan selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor di sini hari ini.

Menerusi terjemahan bahasa isyarat anak saudaranya, Muhammad Danish Danial Muhammad Hafizul,17, Safiyyah berkata, emosinya terganggu sejak menerima perkhabaran berhubung kehilangan suaminya itu.

“Kali terakhir dia hubungi saya pada 15 Mei dan memaklumkan akan memulakan pendakian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Memang terkejut sebab hari Khamis suami berjaya sampai ke puncak, namun hilang keesokan harinya.

“Dia sudah berjanji untuk pulang dan meminta kami bersedia untuk menyambutnya di KLIA dan saya memohon doa semua supaya suami balik dengan selamat,” katanya.

Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang meluangkan masa bertanya khabar di samping mendapatkan maklumat terkini berhubung Muhammad Hawari. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications