Hi, what are you looking for?

Mamak News

Anda Kini Boleh Kembali Ke Masa Silam Dengan Google Street View


Jika anda mengimpikan untuk menjadi perentas masa seperti Doc Brown dalam filem Back To The Future, ataupun seperti seorang Amir dalam filem XX-Ray (Aziz M. Osman), inilah masanya!

Bermula 23 April 2021, anda boleh kembali ke masa silam untuk melihat perubahan di sesuatu tempat saban tahun dengan melayari Street View yang terdapat di Google Maps.

Google Street View merupakan salah satu fungsi yang terdapat di dalam Google Maps yang banyak membantu memudahkan kita melihat gambaran dunia nyata di sesuatu lokasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Google mempunyai sejumlah kenderaan dan tenaga kerja yang bergerak di seluruh dunia dalam merakamkan gambar setiap hari. Google Street View yang telah memulakan operasi tangkapan gambar di Malaysia sejak pada tahun 2015 itu kini telah mempunyai jutaan gambar untuk anda melihatnya.

Menariknya, gambar turut dirakamkan hampir setiap tahun, membolehkan anda melihat rakaman gambar dan perubahan sesuatu lokasi dari tahun ke tahun.

Anda boleh melihat koleksi gambar lampau dengan klik pada ikon masa pada kotak di penjuru atas kiri, dan memilih paparan tahun yang anda inginkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ya, anda kini boleh merentas masa, dan melihat perubahan yang dilalui di sesuatu lokasi mengikut koleksi gambar tahun-tahun sebelumnya.

Tengok sekarang: Google Maps

Teruskan Membaca

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Mamak News

0 BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan...

Mamak News

0 JAKARTA: Kementerian Kesihatan meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik larutan air garam (ORS) yang tular di media sosial kerana dikatakan berkesan menahan...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pendedahan aktres Diana Danielle tentang anak keduanya, Nur Aurora trauma ketika mengulas dakwaan suaminya, Farid Kamil tidak dibenarkan berjumpa dengan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications