Hi, what are you looking for?

Mamak News

Angka kematian dalam tunjuk perasaan di Iran meningkat 17 orang


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PARIS: Angka kematian dalam bantahan besar-besaran di Iran ekoran kematian seorang wanita yang ditahan kerana didakwa memakai tudung secara tidak ‘wajar’ telah meningkat kepada 17 orang.

Sebagai tindak balas dengan kemarahan rakyat itu  Iran telah menyekat akses internet mulai hari ini (Khamis).

Kemarahan orang ramai telah memuncak di republik Islam itu sejak pihak berkuasa pada Jumaat mengumumkan kematian Mahsa Amini, 22, yang ditahan kerana didakwa memakai tudung dengan cara yang “tidak wajar”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aktivis berkata wanita itu, yang nama pertama Kurdishnya  ialah Jhina, telah dipukul di kepala, namun dakwaan dinafikan oleh pegawai, yang telah mengumumkan siasatan.

Selama enam malam berturut-turut, beberapa penunjuk perasaan wanita dengan berani menanggalkan tudung mereka dan membakarnya atau memotong rambut mereka secara simbolik sebelum bersorak-sorai kepada orang ramai, menurut rakaman video yang tersebar di media sosial.

“Tidak untuk bertudung, tidak untuk serban, ya untuk kebebasan dan kesaksamaan!” penunjuk perasaan di Tehran kedengaran melaungkannya dalam perhimpunan yang turut disokong oleh protes solidariti di luar negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdapat kebimbangan antarabangsa yang semakin meningkat mengenai tindakan keras Iran terhadap penunjuka perasaan, termasuk dari Presiden AS Joe Biden ketika berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AFP


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KETUA jurulatih skuad hi negara, Arul Selvaraj menuntut para pemainnya agar cepat menyesuaikan diri selepas turun menjalani sesi...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Selepas nama diseru berjuta kali, kumpulan nasyid popular Raihan kini muncul menyertai trend TikT menerusi...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SERDANG – Sebuah klinik veterinar haiwan mengalami kerugian sebanyak RM111 apabila pembantu kedai wanita itu disyaki dipukau seorang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Ini Lima Krisis Kewangan Dipercayai Paling Teruk Di Dunia, No. 4 Ramai Rakyat Malaysia Tak Boleh Lupa Ketua...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications