Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan


kematian palestin meningkat

Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan

RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat meningkat kepada 17,674 orang dengan lebih 49,300 orang cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut kemas kini terkini Kementerian Kesihatan sebanyak 17,400 kematian dilaporkan di Semenanjung Gaza manakala 274 kematian lagi di Tebing Barat dengan 46,000 rakyat Palestin cedera di Gaza dan hampir 3,300 lagi di Tebing Barat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jumaat sahaja menyaksikan sekurang-kurangnya 300 orang awam terbunuh dalam serangan Israel di Gaza.

Menurut kenyataan kementerian kesihatan sektor kesihatan di Gaza mengalami krisis dengan 55 ambulans tidak berfungsi manakala pusat penjagaan kesihatan ditutup akibat pengeboman berterusan dan kekurangan bahan api.

Penyakit berjangkit, termasuk cirit-birit, jangkitan pernafasan dan Hepatitis A semakin meningkat di pusat perlindungan Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) yang memberi kesan kepada kumpulan rentan seperti orang kurang upaya, mereka yang cedera dan wanita hamil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, di Tebing Barat Israel semakin kerap menjadikan hospital, pusat kesihatan, ambulans dan pasukan perubatan sebagai sasaran.

Kenyataan itu memaklumkan serangan peneroka juga berterusan dengan 308 kes direkodkan sejak konflik bermula pada 7 Okt.

Insiden itu mengakibatkan kecederaan, kerosakan harta benda selain sebanyak 143 keluarga Palestin hilang tempat tinggal, termasuk 1,014 individu dan 388 kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement