Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali


Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali

Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit yang berlaku berterusan. Pada mulanya, punca masalah itu tidak dapat dikesan.

Kes pertama tayar pancit itu berlaku apabila seorang individu telah memakirkan kereta miliknya di Dataran Giusto Girardi. Apabila dia kembali ke keretanya, dia mendapati tayar keretanya itu telah dipancitkan dengan sengaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia telah menelefon carabinieri atau juga pasukan anggota polis Itali untuk menjalakan penyiasatan ringkas. Namun, mereka mendapati tiada suspek yang boleh dikenal pasti. Kejadian itu telah menjadikannya sebagai kes pancit tayar dengan sengaja kawasan itu yang pertama.

Selepas itu, pada penghujung bulan Oktober, lebih banyak aduan dikeluarkan mengenai masalah yang berlaku di pekan tersebut. Orang ramai mula membuat spekulasi sendiri.

Ada yang berkata bahawa jiran tetangga yang melakukannya. Malah ada juga yang menganggap bahawa ia adalah satu ugutan daripada kumpulan mafia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anjing Sakit Gusi

Kejadian yang berlaku telah menjadi masalah yang besar di Vastogirardi sehinggakan pihak berkuasa Carabinieri Agnone terpaksa melakukan pengawasan menggunakan anggota mereka untuk berlakon menjadi orang awam bagi tujuan menangkap pelaku tayar pancit itu.

Namun, usaha mereka itu tidak membuahkan sebarang hasil. Unit Penyiasatan Carabinieri Isernia telah menghulurkan bantuan kepada mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka telah memasang kamera pengawasan di sekitar Dataran Vastogirardi untuk menangkap pesalah tersebut dan memerlukan beberapa hari untuk mengenal pasti pelaku itu.

Namun, mereka terkejut apabila mendapati bahawa pelaku kejadian itu rupanya adalah seekor anjing dan bukannya manusia seperti dalam anggapan mereka.

Anjing itu telah dikenal pasti melalui kamera yang dipasang dan ia kelihatan menggigit tayar dan bumper depan kereta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan anjing itu merupakan haiwan perliharaan salah seorang mangsa kejadian. Nama anjing itu adalah Bily dan menurut pemiliknya, ia telah menghadapi gingivitis, iaitu masalah sakit gusi yang teruk sejak beberapa lama.

Menurutnya lagi, dia tidak mengetahui kegiatan malam yang sering dilakukan oleh Bily. Namun, wanita itu tetap harus membayar wang pampasan kepada mangsa lain yang mengalami kerosakan pada tayar mereka disebabkan anjing tersebut.

Sumber: Oddity Central

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Gelandangan Mati Kesejukan, Suhu Serendah -12c

The post Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Haris Is atau lebih dikenali sebagai PU Riz menasihati golongan suami agar menghargai pengorbanan para isteri terutama saat...

Sukan

3s LONDON – Pemain tengah Chelsea, Conor Gallagher dianggap sebagai wira apabila meledak dua gol membantu pasukan itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas Crystal...

Sukan

3s DOHA – Kekalahan 1-2 kepada Iran pada aksi suku akhir di Stadium Education City, kelmarin, kelmarin terus menzahirkan kepincangan dalam skuad Jepun yang...

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Terkait dakwaan menjalin hubungan sulit dengan seorang pemuzik, penyanyi Ernie Zakri menganggap tuduhan mengarut itu sengaja diada-adakan peminat yang terlampau...

Advertisement