Hi, what are you looking for?

Hiburan

Anna Jobling terharu ‘dilamar’ Tya Arifin


PETALING JAYA – “Anna Jobling ialah simbol wanita yang melakukan banyak aktiviti harian dan sentiasa kekal aktif”.

Demikian kata pengasas produk jamu Mutyara yang juga penyanyi dan pelakon, Tya Arifin apabila memilih pelakon jelita Anna Jobling sebagai duta produk sejak kelmarin.

Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari berkata, pemilihan pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu tepat selain mewakili wanita bekerjaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekarang ini saya nampak Anna seperti saya sewaktu di Indonesia dulu. Dia bekerja dari pagi hingga ke pagi esoknya dan memerlukan banyak tenaga.

“Sebab itulah saya pilih dia dan Anna akan mewakilkan seorang wanita yang bekerjaya dalam masa sama dia memerlukan tenaga.

“Anna adalah wanita dan figura tepat untuk menjadi duta baru Mutyara kerana dia mencerminkan seorang wanita yang mempunyai banyak aktiviti dan memerlukan tenaga tambahan menerusi Jamu Mutiara,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, Tya, 28, yang juga menantu tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan Anna seorang yang mudah bekerjasama.

“Untuk wanita di luar sana yang mungkin takut nak minum jamu, Anna sudah buktikan yang jamu tersebut langsung tidak pahit.

“Anna juga wanita yang bekerja keras dan senang untuk bekerjasama. Itu antara sebab saya pilih Anna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Diharapkan juga dengan pelantikan Anna yang sekian lama kita tak ada duta, kami harap boleh melebarkan lagi keberkesanan produk ini,” ujarnya.

Sementara itu, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berbagga menjadi sebahagian keluarga baru jamu Mutyara.

“Selama lima tahun jamu Mutyara sudah membantu wanita mendapatkan tenaga setiap hari dan juga membantu dari segi dalaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dengan formulasi baharu, sudah pasti akan memberikan lebih banyak khasiat kepada kita semua untuk kekal cergas, cantik dan bertenaga,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement