Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Annuar Musa Dakwa Zahid Adakan Perjumpaan Secara Senyap Pada 2020 Untuk Angkat Anwar Jadi PM


Dalam satu sidang media yang diadakan pada petang ini Tan Sri Annuar Musa mendakwa bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan secara senyap untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada Julai dan Ogos 2020 lalu.

Dalam sidang media tersebut, beliau berkata pengerusi UMNO itu telah mengadakan satu perjumpaan secara tertutup di sebuah rumah di Ampang mengenai perkara tersebut.

Dakwanya lagi, bagaimanapun Zahid menafikan perkara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita nak elakkan mudarat yang lebih besar, biarlah Datuk Seri Zahid yang undur diri.

“Tapi kalau dia teruskan agenda dia bermula bulan Ogos 2020 lagi, dia tipu ahli-ahli UMNO dan menafikan rancangan nak angkat Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.

“Bila saya dedahkan dia tandatangani surat bulan Oktober 2020 sokong Anwar jadi Perdana Menteri di belakang kami, dia nafikan. Berapa orang ahli kena gantung, kena pecat kerana dituduh menfitnah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tapi hari ini kan realiti dah terpampang termasuk apa yang berlaku pada hari ini. Jadi Takkan pembohongan ini perlu berterusan.

“Alhamdulillah dulu saya dianggap pengkhianat kepada parti.

“Tapi hari ini dah terbukti, saya dah tahu pada bulan Julai dan Ogos 2020, perjumpaan secara senyap berlaku di Ampang di satu rumah merancang nak mengangkat anwar jadi Perdana Menteri,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas Annuar lagi, Datuk Seri Zahid perlu mengambil jiwa yang besar untuk berundur serta merta dan serahkan pada orang lain untuk menentukan hala tuju yang seterusnya.

Sumber: Live Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Sentiasa teng perkongsian tentang umrah.” Itu antara tip yang dikongsi pelakon Aprena Manrose agar doa dan impian setiap umat Islam...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Usahawan terkenal Datuk Seri Vida tidak dapat menahan rasa marah dan geram memikirkan perilaku anak pelakon Norman Hakim dan Abby...

Hiburan

3s SHAH ALAM – Selepas berpisah dengan anak angkatnya lebih tiga minggu, aktivis kemanusiaan Mizz Nina mendakwa kanak-kanak lelaki itu mengalami trauma. Kata Nina,...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Tidak lagi aktif dalam aliran muzik perdana membuatkan penampilan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dalam video muzik (MV) baharu suaminya, Essam...

Advertisement