Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Anwar cabar kemuka bukti beliau campur tangan kes Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak yang menuduh beliau campur tangan dalam kes Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya mengemukakan bukti.

Anwar turut meminta mereka membuktikan beliau mengarahkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memerintahkan Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).

“Dalam beberapa kes termasuk ahli Yang Berhormat di sebelah sana (pembangkang) pun ada kes prima facie, tetapi dibuang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Keputusan Peguam Negara budi bicara dia. Kenapa tuduh melulu dan kurang sopan menyerang Perdana Menteri,’” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat petang tadi.

Anwar turut menjelaskan, Peguam Negara yang membuat keputusan membabitkan kes Ahmad Zahid adalah Peguam Negara yang dipilih kerajaan terdahulu.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan siasatan diteruskan dan kalau ada bukti tambahan akan teruskan pendakwaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications