Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Anwar imbau didikan ibu bapa, galak membaca


KUALA LUMPUR – Diajar rajinkan membaca serta didikan agama yang kuat dikatakan menjadi salah satu cara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibesarkan oleh kedua orang tuanya.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Anwar ketika menjawab soalan daripada salah seorang peserta program dialog Temu Anwar yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, didikan ibu bapanya banyak mempengaruhi perwatakan beliau selain minat membacanya yang sangat kuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ibu bapa saya sangat mendorong untuk membaca. Ayah saya lebih kepada Bahasa Inggeris. Ibu saya lebih kepada Bahasa Melayu. Mereka juga sering beri galakan saya bergiat aktif dalam kegiatan sosial dan masyarakat.

“Walaupun kami kelas menengah, ibu bapa saya memang orang kuat UMNO dan (bapa) pernah jadi Ahli Parlimen. Tetapi sentiasa bawa saya ke kawasan-kawasan orang miskin. Jadi keprihatinan kita kukuh dari awal. Alhamdulillah, latihan agama juga kuat,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, ketika melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) beliau turut mendapat latihan disiplin yang teguh daripada guru-gurunya yang disifatkan sebagai luar biasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebab itu bila orang berbicara soal kaum, walaupun saya kuat Melayunya, saya perjuangkan bahasa, bangga dengan budaya tapi saya tiada sentimen benci bangsa lain.

“Walaupun Kolej Melayu, (pelajar) Melayu semua tetapi guru yang berjasa kepada kita ini guru Melayu, guru Cina dan India itu berjasa sekali dan kasih kepada anak-anak itu tidak menunjukkan mereka ada prasangka terhadap anak-anak Melayu. Jadi ini semua mempengaruhi watak kita.

“Tetapi bagaimana saya boleh berdegil dan bertahan, itu tidak mudah. Kalau saudara kumpul, saya di penjara hampir 11 tahun dan penjara itu neraka dunia, jadi tidak mudah. Tapi saya keras dan degil mengatakan saya nak ubah sistem,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anwar turut berkongsi pengalamannya semasa dipenjara di mana beliau banyak menghabiskan masanya untuk membaca buku atau menghafaz al-Quran.

“Walaupun di peringkat awal, tidak diizinkan buku masuk dalam lokap saya.

“Tetapi selepas beberapa tahun bosan melarang-larang, akhirnya diizinkan dan teman-teman dari seluruh dunia hanya mengirim buku kepada saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement