Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Anwar ucap terima kasih bantu 287 mangsa penipuan pekerjaan


PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen atas usaha dipamerkan beliau dalam membantu 287 rakyat Malaysia yang terlibat sindiket penipuan pekerjaan di negara berkenaan.

Anwar berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Hun Sen kerana menjadi antara negara yang membantu kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan isu penipuan pekerjaan itu.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Kemboja kerana menjadi negara yang sangat membantu (Malaysia) dalam berdepan isu penipuan pekerjaan meskipun ada memberi kesan kepada rakyat mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tetapi, Kemboja sangat membantu untuk kita membawa pulang kembali 287 mangsa terlibat.

“Berdasarkan laporan diterima daripada rakan sejawat, Kemboja begitu menyerlah dalam memberikan sokongan penuh dan ia sangat bermakna buat 100 keluarga mangsa terlibat,” katanya pada sidang akhbar bersama Hun Sen di Kemboja hari ini.

Dalam sidang akhbar sama, Anwar turut menggalakkan syarikat beras Malaysia untuk mempertimbangkan pilihan bagi mengimport beras dan kacang gajus dari Kemboja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Hun Sen ada memberitahu tentang kejayaan pengeluaran beras di Kemboja, saya tahu ia bukanlah sesuatu yang mudah, namum mereka berjaya meningkatkan penghasilannya.

“Jadi, saya mahu menyeru kepada syarikat beras Malaysia yang mengimport beras untuk mempertimbangkan pilihan mendapatan beras dan kacang gajus dari Kemboja,” jelasnya.

Terdahulu, ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pagi tadi disambut Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam Datuk Dr. Othsman Hassan selaku Menteri Pengiring mewakili kerajaan Kemboja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut mengiringi Anwar pada lawatan tersebut ialah Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar.

Dalam rangka lawatan tersebut, Perdana Menteri dijadual mengadakan kunjungan menghadap ke atas Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni.

Anwar juga mengadakan pertemuan dua hala dengan Hun Sen bagi membincangkan peluasan kerjasama itu demi mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Kemboja yang telah lama terjalin serta mengadakan bertemu bersama Presiden Senat dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja. -KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement