Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Apa Hukum Berkahwin Di Bulan Syawal? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan


Apa Hukum Berkahwin Di Bulan Syawal? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Bulan Syawal merupakan bulan penuh dengan kegembiraan kerana seluruh umat Islam meraikan kemenangan selepas berjaya melawan hawa nafsu selama sebulan pada bulan Ramadan.

Lebih-lebih lagi pada 1 Syawal merupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Hari ini menyaksikan sebahagian besar mereka yang beragama Islam mengenakan pakaian serba baru dan bersih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdapat juga pasangan suami isteri yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan ini. Bagaimanapun timbul persoalan bahawa adakah majlis yang dilangsungkan pada bulan ini dianggap Sunnah?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah.

Hukum Perkahwinan Pada Bulan Syawal

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomGambar: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Soalan:

Asalamualaikum saya ingin bertanya, saya selalu mendengar bahawa berkahwin di bulan Syawal adalah merupakan sunah Nabi SAW. Adakah perkara ini benar dan apakah hukum berkahwin di bulan Syawal?

Ringkasan Jawapan:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hukum perkahwinan di bulan Syawal adalah disunatkan jika diniatkan untuk mengikut dan mengambil keberkatan dari perkahwinan Nabi SAW dan Aisyah RA. Namun jika seseorang itu tidak mampu untuk berkahwin pada bulan Syawal maka dia boleh memilih mana-mana bulan yang sesuai untuk dia berkahwin.

BACA JUGA: Hukum Sebut Kalimah ‘Allah’ Ketika Niat Wuduk Dalam Tandas

Huraian Jawapan:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut tradisi bangsa arab bulan Syawal dianggap sebagai bulan yang membawa malapetaka kepada rumah tangga yang dibina pada bulan tersebut. Untuk meruntuhkan tradisi ini Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah RA pada bulan Syawal. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Aisyah RA berkata:

تَزَوَّجَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي شَوَّالٍ وَبَنَى بِي فِي شَوَّالٍ فَأَيُّ نِسَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ أَحْظَى عِنْدَهُ مِنِّي

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah mengahwini ku pada bulan Syawal dan Rasulullah bersama dengan ku juga pada Syawal. Isteri Rasulullah mana yang lebih beruntung di sisi Rasulullah SAW dari pada ku?”

Advertisement. Scroll to continue reading.

(Riwayat Muslim)

Tujuan Aisyah RA menggambarkan keberuntungan dirinya yang berkahwin dengan Rasulullah SAW di bulan Syawal sebagai menandakan bahawa perkahwinan di bulan Syawal tidak membawa apa-apa kemudaratan seperti sial yang disangka oleh masyarakat jahiliah[1]. Ini menunjukkan kepercayaan bahawa bulan Syawal boleh membawa malapetaka kepada rumah tangga adalah dan tidak benar.

Daripada hadis ini dapat difahami bahawa disunatkan untuk berkahwin pada bulan Syawal. Imam al-Nawawi berkata:

Advertisement. Scroll to continue reading.

فِيهِ اسْتِحْبَابُ التَّزْوِيجِ وَالتَّزَوُّجِ وَالدُّخُولِ فِي شَوَّالٍ وَقَدْ نَصَّ أَصْحَابُنَا عَلَى اسْتِحْبَابِهِ

Maksudnya: “Hadis ini menunjukkan bahawa berkahwin dan bersama pada bulan Syawal adalah sunat. Para Ashab Syafii telah menyebut dengan jelas mengenai kesunatannya[2].”

Dalam mazhab Syafii disebutkan bahawa antara perkara yang disunatkan dalam perkahwinan ialah melakukannya pada bulan Syawal. Imam al-Ramli berkata:

Advertisement. Scroll to continue reading.

وَيُسَنُّ أَنْ يَتَزَوَّجَ فِي شَوَّالٍ، وَأَنْ يَدْخُلَ فِيهِ، وَأَنْ يَعْقِدَ فِي الْمَسْجِدِ، وَأَنْ يَكُونَ مَعَ جَمْعٍ وَأَوَّلَ النَّهَارِ.

Maksudnya: “Disunatkan untuk berkahwin dan bersama pada bulan Syawal, diadakan di masjid, dalam khalayak ramai dan pada waktu siang[3].”

Alasan mengapa disunatkan untuk berkahwin pada bulan tersebut ialah kerana mengikut amalan Nabi SAW[4]. Oleh itu diriwayatkan juga bahawa Aisyah gemar supaya para wanita dari keluarganya juga berkahwin pada bulan Syawal sebagai mengambil keberkatan kepada perkahwinan beliau dengan Nabi SAW[5].

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Dr Zulkifli Perjelas Hukum Kahwin Sepupu Dalam Islam

Walau bagaimanapun Imam al-Syaukani mengkritik pendapat ini kerana menurut beliau tidak ada riwayat yang khusus menceritakan bahawa Nabi sengaja memilih Syawal untuk dilakukan perkahwinan. Menurut beliau lagi perkahwinan tersebut hanyalah terjadi secara kebetulan sebagaimana Nabi juga berkahwin pada bulan-bulan yang lain[6].  

Meskipun begitu, pandangan Imam al-Syaukani ini tidak tepat kerana jika perkahwinan tersebut berlaku secara kebetulan lalu mengapa Aisyah RA mengkaitkan perkahwinan di bulan Syawal untuk mendidik masyarakat ketika itu agar tidak mempercayai sial di bulan Syawal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengenai masalah ini kami berpandangan bahawa perkahwinan pada bulan Syawal disunatkan jika diniatkan untuk mengikut kepada Nabi SAW. Meskipun tidak ada dalil yang jelas menyebut berkenaan sunat berkahwin ketika bulan Syawal namun ulama memahami kesunatannya daripada kenyataan Aisyah RA. Selain itu, perkahwinan di bulan Syawal disunatkan ketika dia boleh memilih sama ada ingin melakukannya pada bulan Syawal ataupun pada bulan-bulan yang lain. Manakala jika ada keperluan untuk berkahwin pada selain bulan Syawal maka ketika itu tidak lagi disunatkan untuk berkahwin pada bulan tersebut. Imam al-Syirwani dalam hasyiahnya kepada kitab Tuhfah al-muhtaj berkata:

وَقَوْلُهُ وَيُسَنُّ أَنْ يَتَزَوَّجَ فِي شَوَّالٍ أَيْ حَيْثُ كَانَ يُمْكِنُهُ فِيهِ وَفِي غَيْرِهِ عَلَى السَّوَاءِ فَإِنْ وُجِدَ سَبَبٌ لِلنِّكَاحِ فِي غَيْرِهِ فَعَلَهُ

Maksudnya: “Perkataan pengarang – disunatkan berkahwin pada bulan Syawal – ialah jika dia boleh memilih sama ada ingin berkahwin pada bulan Syawal atau lainnya. Jika dia mendapati sebab yang kuat untuk bernikah di bulan yang lain dia boleh melakukannya.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesimpulannya, Hukum perkahwinan di bulan Syawal adalah disunatkan jika diniatkan untuk mengikut dan mengambil keberkatan dari perkahwinan Nabi SAW dan Aisyah RA. Namun jika seseorang itu tidak mampu untuk berkahwin pada bulan Syawal maka dia boleh memilih mana-mana bulan yang sesuai untuk dia berkahwin.

Wallahu A’lam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement