Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Apa Itu Sindrom Orang Kaku Yang Dihidapi Celine Dion?


Apa Sindrom Orang Kaku Yang Dihidapi Celine Dion?

Kebiasaannya, kita sering mendengar penyakit atau sindrom strok yang dikenali sebagai angin ahmar yang dialami oleh sesetengah masyarakat, tidak kira bangsa dan kaum.

Penyakit itu amat sinonim dengan kehidupan dan kemungkinan boleh berlaku disebabkan oleh penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini membuatkan pergerakan individu menjadi terbatas untuk melakukan aktiviti harian disebabkan bahagian tisu otak rosak lalu fungsi otak akan hilang.

Pun begitu, terdapat sindrom yang serupa seperti strok yang boleh menyekat individu melakukan pergerakan dan lebih teruk lagi, sindrom itu jarang dijangkiti dan dialami oleh seseorang.

Baru-baru ini, media dikejutkan dengan pembatalan konsert jelajah oleh penyanyi Celine Dion selepas beliau mengumumkan mengalami satu penyakit ‘rare’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Celine Dion disahkan menghidapi penyakit sindrom orang kaku dan bertindak untuk merehatkan diri daripada terlibat indsutri seni dan fokus kepada sesi rawatan.

Difahamkan, jelajah Celine Dion akan bermula pada musim bunga 2023 namun terpaksa dijadualkan semula pada tahun 2024.

Apa itu Sindrom Orang Kaku?
| Kampungmamakcom Sindrom Orang Kaku Celine DionKredit: Yahoo!

Sindrom orang kaku atau sindrom kaku mengakibatkan individu mengalami gangguan dan kekejangan otot yang agak menyakitkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam aspek kesihatan, sindrom itu jarang berlaku dalam kalangan manusia namun ia juga boleh terjadi sekiranya individu mempunyai simptom penyakit tersebut.

Untuk pengetahuan, penyakit tersebut terjadi disebabkan berlakunya gangguan autoimun di mana sel seseorang menyerang tisunya sendiri.

Hal ini kerana sistem imun badan tidak dapat membezakan sel atau tisu badan dan kemudian menganggap ia adalah sel asing, menurut MyHealth.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi individu yang mengalami sindrom kaku, mereka akan mengalami kekejangan otot pada tubuh badan mereka terutamanya di bahagian perut.

Pada awalnya hanya kekejangan yang akan dirasai namun lama-kelamaan kaki dan bahagian otot yang lain juga akan menjadi kaku, tidak boleh bergerak mengikut kehendak.

Keadaan ini mengakibatkan pesakit mengalami kesukaran untuk berjalan dan lama-kelamaan bahagian otot dan kaki yang lain juga akan menjadi kaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal tersebut menyebabkan pesakit terdedah kepada kecederaan, kemungkinan akibat tidak mempunyai kestabilan semasa berdiri atau berjalan.

Penyakit tersebut sememangnya boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira usia.

Walau bagaimanapun, sindrom orang kaku itu selalunya bermula bermula apabila seseorang memasuki usia 30-an dan 40-an.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita juga dikatakan dua kali ganda lebih terdedah untuk mengalami sindrom itu.

BACA: Pecah Rekod, Polis Evo 3 Raih Kutipan Lebih RM10 Juta Dalam Masa Tiga Hari

Siapa yang boleh terkena?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Biarpun golongan umur 30-an dikatakan terdedah kepada sindrom orang kaku, namun penghidap utama ialah mereka yang sememangnya mempunyai antibodi yang mengalami gangguan atau masalah autoimun.

Penghidap antibodi mempunyai antibodi yang menyerang protein dalam neuron otak yang sepatutnya mengawal pergerakan otot.

Akibatnya, protein itu menjadi asid glumat dekarboksilase, gephyrin atau gamma-aminobutirik. Bahkan, ia menjadi lebih teruk buat individu yang mempunyai penyakit autoimun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka akan mengalami penyakit lain seperti anemia yang merosakkan, vitiligo, diabetes jenis 1, penyakit seliak dan penyakit tiroid autoimun.

BACA: Kenali Artofi Otot Spina (SMA), Penyakit Genetik Lumpuhkan Otot Badan & Kos Rawatan Tinggi

Apa gejalanya?
| KampungmamakcomKredit: Physio Mobile

Salah satu gejala yang paling biasa untuk melihat seseorang mengidap sindrom ini adalah sawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara paling teruk boleh berlaku ialah kekejangan yang menyebabkan anda terjatuh semasa berdiri.

Malah sawan yang begitu kuat akan menyebabkan tulang pesakit patah dan ia akan menjadi lebih teruk ketika individu cemas atau kecewa.

Pergerakan secara tiba-tiba, bunyi yang kuat atau sentuhan juga boleh mencetuskan sawan yang tidak disengajakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, terdapat beberapa gejala lain, iaitu kekakuan yang melampau, otak menjadi kaku, badan bongkok, kekejangan otot yang menyakitkan, kesukaran berjalan dan masalah deria seperti kepekaan terhadap cahaya, bunyi dan suara.

Bagaimana ia dirawat?

Bagi mengurangkan sakit untuk pesakit sindrom itu, mereka boleh mengambil ubat imunoglobulin yang dipercayai membantu mengurangkan kepekaan terhadap cahaya atau bunyi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia juga berpotensi membantu mencegah berlakunya sawan dan ketidakseimbangan. 

Namun, difahamkan tiada ubat untuk penyakit itu, akan tetapi pengambilan ubat yang kerap membantu mengurangkan sakit yang dirasai.

Sumber: CNN Indonesia, MyHeatlh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement