Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

“Apa Ke Bendanya BONDEE Ni?” – Aplikasi Sosial Dunia Meta Baharu Jadi Kegilaan Ramai


Wah! Dengar cerita sekarang ni ada permainan baharu yang semakin mendapat tempat di hati orang ramai. Bukan lato-lato, ya? Ini lain.

BACA: Hati-Hati Semua! ‘Penyakit’ Lato-Lato Kini Sudah Merebak Ke Malaysia!

Sebuah syarikat permulaan teknologi yang berpangkalan di Singapura, Metadream Tech Pte Ltd, baru-baru ini melancarkan Bondee, aplikasi sosial baharu untuk pasaran di seluruh Asia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Khabarnya di App Store, Bondee kini disenaraikan sebagai aplikasi percuma nombor 1 terbaik! Ramai yang telah memuat turun dan kini sedang seronok bermain Bondee.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Bondee? Seorang pengguna Facebook, Azielahaneem Idris dari Design Nerve telah berkongsi pengalamannya yang sempat mencuba Bondee baru-baru ini melalui hantarannya berikut. Jom baca dulu perkongsiannya ini dan siap sedia untuk menerokai dunia Bondee!

Peringatan: Pastikan anda memuat turun aplikasi Bondee menggunakan pautan yang sah. Metadream tidak meminta apa-apa maklumat perbankan atau kad kredit pengguna. Elakkan dari menjadi mangsa ‘scammer’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Bondee

Terokai kejiranan sosial dunia meta terbaru dengan aplikasi BONDEE.

Sejak beberapa hari ni saya perhatikan beberapa orang rakan-rakan saya yang kongsikan kod QR Bondee. Buat saya tertanya-tanya, “Apa ke bendanya Bondee ni?”. Maka saya pun selidik serba sedikit semalam dan TERdaftarlah akaun Bondee saya – @azielahaneem

Saya ni hantu permainan maya The Sims dan Bondee mengingatkan saya kepadanya. Memang teruja juga mencubanya buat kali pertama. Untuk makluman semua, Bondee ni diperkenalkan dan dicanangkan sebagai ‘plaza maya’ dan ianya dibangunkan oleh syarikat yang berpusat di Singapura iaitu Metadream.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aplikasi ini mula tular selepas beberapa hari dilancarkan untuk iOS dan Android. Apa yang membuatkan ianya menarik perhatian golongan muda termasuklah saya yang tak berapa muda ni adalah ia dipenuhi dengan avatar comel yang boleh ditetapkan dan ruang peribadi yang boleh disesuaikan mengikut citarasa pengguna. Bondee mungkin kelihatan biasa kepada veteran internet macam saya kerana kebolehaksesannya lebih mudah daripada Metaverse dan seumpamanya. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan ianya mesra pengguna kerana susun aturnya mudah dan tidak sukar untuk diterokai.

Untuk memulakan eksplorasi Bondee, anda perlu mendaftar akaun dan mencipta avatar anda sendiri yang kelihatan seperti figura aksi yang comel. Anda diberikan pilihan variasi wajah, gaya rambut dan pakaian yang saya kira cukup untuk membuatkan avatar anda unik dan mempunyai personaliti yang tersendiri.

Kemudian anda boleh tetapkan ruang bilik isometrik anda dan inilah yang menarik perhatian saya yang gila The Sims ni. Pengguna boleh menatarias ruang peribadi anda mengikut mood atau situasi. Di sini saya sudah buat ruang rehat, bilik tidur dan selepas ini saya nak buat ruang makan dan ruang kerja pula. Walaupun begitu, pilihan perabot dan hiasan dalaman tidaklah banyak (saya kira ia masih lagi di peringkat awal dan mungkin akan ditambah kemudian hari) tapi pengguna boleh menyusun atur mengikut citarasa masing-masing. Semuanya boleh disusun mengikut grid dan digerakkan ke kiri atau ke kanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, pengguna juga boleh menambah rakan-rakan yang sudah mempunyai akaun Bondee dan ini akan membolehkan anda untuk berjiran dengan mereka. Malah pengguna juga boleh menziarahi ruang kawan-kawan yang sudah menjadi jiran Bondee untuk berbual, berkongsi gambar dan mengemaskini status. Setakat ini, pengguna boleh tambah sehingga 50 orang kawan. Selain klik pada pautan profil pengguna, anda juga boleh menambah rakan semudah mengimbas kod QR rakan-rakan anda. Cuma setakat yang saya dah cuba, masih belum boleh akses galeri untuk imbas daripada imej QR yang sudah disimpan. (Mungkin saya belum habis terokai aplikasi Bondee ni lagi).

Dalam aplikasi Bondee ni, pengguna turut berpeluang bertemu orang lain (bukan daripada kalangan rakan-rakan sedia ada) dalam aplikasi itu sendiri. Haa… Di sinilah ciri pelayaran kapal atau ‘ship sailing’ masuk, di mana pengguna boleh menaiki bot dan meneroka lautan terbuka Meta. Tadi saya bertemu pengguna bernama Raihana semasa sedang bebas belayar. Tapi saya masih terkial-kial untuk menetapkan reaksi kepada pengguna lain (nanti saya cuba selidik lagi). Saya cuma sempat melambai-lambai saja. Selain itu, pengguna boleh meninggalkan mesej dalam botol untuk ditemui oleh pengguna lain yang turut belayar di lautan meta Bondee ni. Menarik kan? Oh, pengguna boleh menemui ‘barang-barang hanyut’ juga iaitu barangan bermusim eksklusif termasuk pakaian dan hiasan bilik.

Secara ringkasnya, saya boleh simpulkan bahawa Bondee ialah Facebook dengan beberapa ciri tambahan, iaitu penciptaan watak dan mekanik menghias bilik yang memberikan kebolehkongsiannya dalam talian, membuatkan ramai pengguna teruja untuk berkongsi avatar dan bilik mereka di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh kerana ianya satu aplikasi sosial dunia meta yang baru, saya dapati ia masih kekurangan beberapa ciri interaksi sosial yang menarik seperti bermain permainan bersama rakan atau mungkin sesi karaoke seperti Smule selain daripada apa yang saya nyatakan sebelum ni. Saya percaya yang ciri-ciri itu dan yang lain akan ditambah kemudian. Saya nampak potensi Bondee ni untuk berkembang dengan penambahan ciri-ciri lain kerana susun atur skrinnya yang mesra pengguna dan tidak terlalu sukar untuk diterokai pengguna daripada pelbagai peringkat usia kerana ia mudah untuk diakses (hanya guna telefon bimbit).

Kalau anda dah ada akaun Bondee, marilah kita berjiran! Tambah saya sebagai rakan di Bondee dengan pautan ni:

Sumber: Azielahaneem Idris

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

0 PETALING JAYA – Seperti dijangka, ranking skuad Harimau Malaya jatuh dua anak tangga dikedudukan No. 132 dunia selepas berakhir kempen Piala Asia 2023...

Sukan

3s PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa membuka pintu buat mana-mana pemain kacukan yang memiliki darah Malaysia untuk menyarung ­jersi skuad Harimau Malaya pada...

Sukan

3s PETALING JAYA – Pengendali import dari Sepanyol, Juan Torres Garrido diberi tugas tambahan untuk ‘menjaga’ skuad bawah 20 (B-20) kebangsaan selain daripada tanggungjawab...

Sukan

3s LONDON – Marc Marquez percaya pelumba baharu KTM, Pedro Acosta mampu menjadi pencabar dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas mempamerkan...

Advertisement