Hi, what are you looking for?

Aplikasi Setel Memudahkan Pengguna Membayar Parkir Kereta Melalui Imbasan Nombor Plat

Mamak News

Aplikasi Setel Memudahkan Pengguna Membayar Parkir Kereta Melalui Imbasan Nombor Plat


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Setel pada hari ini sedia terkenal dengan penggunaan untuk membayar pengisian minyak di stesen minyak Petronas di seluruh negara. Disamping itu, Setel juga turut telah memperluaskan untuk menyokong pembayaran di beberapa kedai, dan baru-baru ini ia turut menawarkan kemudahan untuk menghantar barangan.

Terbaru, Setel juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kemudahan membayar parkir tempat letak kenderaan menggunakan aplikasi Setel. Dengan langkah ini, pengguna boleh memasuki sesuatu lokasi parkir dengan aplikasi Setel dan mengimbas nombor plat kenderaan – seterusnya ia akan ditolak secara automatik apabila imbasan nombor plat keluar dilakukan daripada tempat letak kenderaan.

Pengguna juga boleh menyemak tempoh masa letak kenderaan secara masa-nyata pada aplikasi Setel sebelum keluar. Sebelum menggunakannya, pengguna perlu melakukan pendaftaran kenderaan pada aplikasi Setel terlebih dahulu.

Untuk permulaan, Setel dijangka menawarkan ciri ini bermula di KLCC terlebih dahulu, sebelum memperluaskan ia ke lokasi lain. Pengguna juga akan menerima ganjaran Mesra untuk pembayaran yang dilakukan menggunakan Setel.

Ciri ini dijangka diperkenalkan kepada semua pengguna tidak lama lagi melalui aplikasi Setel di Android dan iOS. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Setel berkaitan ciri ini tidak lama lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muat turun applikasi SETEL dan gunakan referral code: ekuey

► Download SETEL di AppStore bagi pengguna iOS
► Download SETEL di PlayStore bagi pengguna Android

Sumber: Amanz

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. ALOR SETAR – Kerajaan negeri memaklumkan tidak tahu mengenai permohonan menukar tanaman p getah jenis Timber Latex Clone...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MADRID: Seorang maut dan puluhan lagi cedera apabila sebuah pentas runtuh sebahagian akibat dilanda angin kencang ketika festival...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LIPIS – Kerajaan Pahang memperkenalkan Skim Tanah Warisan (STW) sebagai modul baharu penempatan bagi penduduk luar bandar yang...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KYIV: Ukraine mendakwa pasukan tenteranya menembak depot peluru Russia berhampiran sebuah jambatan penting di selatan negara itu. Malah,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications