Hi, what are you looking for?

Tempatan

APMM gagalkan cubaan seludup rokok, tembakau RM14.8 juta


LANGKAWI – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan lapan warga Indonesia menyeludup 97,500 karton atau 19.5 juta batang rokok dianggarkan bernilai RM14 juta dari Thailand ke negara ini dengan menggunakan bot barter trade di perairan ini semalam.

Dalam Operasi Khas Aman itu, anggota APMM turut merampas 39 guni berisi tembakau bernilai kira-kira RM780,000 yang ditemui di dalam bot sama.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, bot barter trade dengan tanda nama KM Bintang Jaya tersebut ditahan pada jarak 2.7 batu nautika barat Tanjung Belua di sini pada pukul 4 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, serbuan dilakukan berikutan penerimaan maklumat mengenai pergerakan bot tersebut di kawasan perairan negara.

“Sebuah bot ronda APMM kemudian diatur gerak ke lokasi dan kita berjaya mengesan sebuah bot barter trade disyaki suspek lalu memintas mereka untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot yang disyaki dari Thailand itu menemui kira-kira 1,950 kotak bungkusan mengandungi 19.5 juta batang rokok seludup pelbagai jenis serta 39 guni berisi tembakau dengan setiap guni dianggarkan seberat 50 kilogram,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Lelaki itu jadi mangsa penipuan selepas kerugian RM320k Gara-Gara Nak Beli R Dan Arak Murah, Lelaki Dari Miri Ini Rugi RM320k. Dilaporkan seorang...

Mamak News

0 MANILA: Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular dalam media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran...

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – “Daddy mana, bila daddy balik”. Demikian soal anak-anak pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari...

Sukan

0 LONDON – Tottenham Hotspur mengharapkan kemenangan ke atas Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road malam ini bagi mencerahkan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications