Hi, what are you looking for?

Mamak News

APMM Perak tahan 3 bot nelayan asing, 34 nelayan Indonesia


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan tiga bot nelayan Indonesia bersama 34 nelayan dari negara itu selepas menceroboh perairan negara dekat perairan Pulau Jarak, petang kelmarin.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, ketiga-tiga bot itu ditahan di sekitar 13 batu nautika perairan Pulau Jarak kira-kira pukul 6.20 petang oleh Kapal Maritim Nyalau yang melakukan rondaan rutin di perairan tersebut.

“Hasil pemeriksaan oleh pasukan operasi mendapati, bot pukat jerut dari Indonesia bertanda nama KM Tuah Laut yang dikendalikan 27 kru, termasuk tekong warga Indonesia berusia lingkungan umur 16 hingga 62 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak memiliki pas yang sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ketika ditahan, bot pukat jerut ini juga disyaki sedang melakukan aktiviti perikanan di perairan Malaysia tanpa mendapat kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas bot kedua iaitu sebuah bot nelayan tanpa nombor pendaftaran, mendapati bot yang dikendalikan seorang tekong dan dua kru lelaki Indonesia berumur 20 hingga 25 tahun itu juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta tidak mempunyai pas yang sah ketika memasuki perairan Malaysia.

Pada masa sama, beliau memberitahu pemeriksaan ke atas bot terakhir iaitu sebuah bot nelayan asing tradisional yang ditahan pada pukul 6.55 petang mendapati seorang tekong bersama tiga kru lelaki Indonesia berusia lingkungan 15 hingga 51 tahun juga ditahan atas kesalahan yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegas beliau, kesemua bot beserta kru ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang aduan jenayah dan mengetahui kes kecemasan di laut agar menyalurkan maklumat itu ke talian MERS 999 atau menghubungi pusat operasi APMM Perak di talian 05-6838737. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. BEIJING: Bekas Presiden China, Jiang Zemin yang mengemudi negara itu melalui era transformasi dari akhir 1980-an ke alaf...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUSAIL – Ketua Jurulatih Portugal, Fernando Santos boleh menarik nafas lega selepas pasukan itu mengesahkan tempat ke pu­singan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Asia Bukan Lagi Pasukan Untuk Kutip Mata, Dah Boleh Gugat ‘Gergasi’ Kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 yang berlangsung...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Perolehan Kapal Songan Pelbagai Peranan (MRSS) kini menjadi satu keperluan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications