Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

App Store bakal buang Twitter?


WASHINGTON: Hartawan Elon Musk mendakwa Apple Inc mengancam untuk menyekat Twitter daripada aplikasi, App Store.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu dalam beberapa siri ciapan di Twitter tanpa mengemukakan sebab untuk berbuat demikian.

Malah, Musk juga mendakwa pembuat iPhone itu sudah menghentikan pengiklanan di platform media sosial tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pemilik Twitter itu, Apple meminta Twitter untuk melakukan proses moderasi kandungan.

Tindakan tersebut bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan syarikat itu secara rutin menguatkuasakan peraturan dan sebelum ini pernah membuang aplikasi lain seperti Gab dan Parler.

“Apple sebahagian besar sudah berhenti mengiklan di Twitter. Apakah mereka membenci kebebasan bersuara di Amerika?,” kata Musk dalam satu ciapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Musk dalam ciapan lain di Twitter turut tag akaun Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dengan mempersoal `apa yang sedang berlaku?’.

Setakat ini, Apple Inc masih belum memberi sebarang komen berhubung perkara ini.

Berdasarkan laporan dari firma Pathmatics, syarikat itu membelanjakan kira-kira AS$131,600 (RM593,180) bagi iklan Twitter antara 10 dan 16 November, menurun daripada AS$220,800 (RM995,205) antara 16 dan 22 Oktober lalu, seminggu sebelum Musk memeterai perjanjian dengan Twitter. – REUTERS

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement