Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Apple Ancam Keluarkan Twitter Daripada App Store, Kata Elon Musk


Apple ancam keluarkan Twitter daripada App Store, kata Elon Musk

WASHINGTON, 29 Nov (Bernama) — Apple mengancam untuk mengeluarkan Twitter daripada kedai aplikasinya (apps store) serta meminta pengubahsuaian tertentu pada platform media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Elon Musk mengesahkan pada Isnin, lapor Sputnik.

“Ya”, Musk berkata apabila ditanya sama ada Apple mengancam kehadiran Twitter atau menuntut perubahan pada platform media sosial itu. “Apple juga mengancam untuk menyekat Twitter daripada App Storenya, namun sebabnya tidak dimaklumkan kepada kami.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu pada Isnin, Musk menyiarkan tinjauan pendapat yang bertanya kepada pengguna Twitter sama ada Apple wajar menyiarkan semua tindakan penapisan yang dilakukannya yang telah menjejaskan pelanggannya.

Tinjauan itu akan ditutup pada petang Selasa, dengan setakat ini sejumlah besar pengguna Twitter menyokong Apple kerana ia lebih telus mengenai sebarang tindakan penapisan yang mungkin telah diambilnya.

Minggu lepas, Musk berkata beliau akan mencipta telefon pintar baharu jika rangkaian sosial itu dikeluarkan daripada Apple dan Google app stores.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Musk melakukan tinjauan itu selepas firma bernama LBRY, yang mengendalikan perkongsian fail dan pembayaran untuk rangkaian sosial, menyiarkan kenyataan di Twitter yang mendakwa Apple menetapkan supaya aplikasinya menapis beberapa istilah carian daripada dipaparkan dan jika tidak aplikasi Twitter tidak akan dibenarkan dalam Apple app store.

Pada 28 Okt, Musk memuktamadkan pemerolehan Twitter membabitkan bayaran berjumlah AS$44 bilion. Berikutan pengambilalihan itu, Musk mengubah operasi harian syarikat, termasuk pemberhentian eksekutif Twitter yang bertanggungjawab ke atas privasi platform, keselamatan siber dan penapisan, serta kira-kira dua pertiga daripada pekerja Twitter.

Ketiadaan eksekutif App Store utama Apple, Phil Schiller daripada Twitter mencetuskan spekulasi bahawa gergasi teknologi itu semakin bimbang tentang pengendalian platform media sosial oleh Musk, termasuk mengembalikan semula akaun yang disekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement