Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Ara Johari sensitif dengan hujan, mudah jatuh sakit


KUALA LUMPUR – Penyanyi Ara Johari mengakui tidak boleh terkena air hujan dan akan mudah jatuh sakit, sekali gus menyebabkan tekaknya mengalami masalah untuk menyanyi.

Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izatie Johari, 27, berkata, sebelum ini dia tidak mempunyai masalah jika terkena air hujan, namun kini tahap kesihatannya ternyata berbeza.

“Sekarang saya sangat mudah hilang suara jika terkena hujan. Kalau kena (hujan), saya mesti terus mandi. Kalau tidak akan dapat selesema dan seterusnya sakit tekak.

“Banyak sangat pantang sekarang. Bila batuk, saya tidak boleh menyanyi selama berminggu-minggu. Berbeza dengan dahulu. Saya tidak ada masalah dengan hujan. Malah saya lagi suka membuat persembahan ketika hujan kerana berasa lebih puas,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, masalah yang dialaminya itu sedikit sebanyak membuatkan Ara berasa kurang motivasi dan perlu lebih berhati-hati dengan mengelak daripada terkena hujan.

“Rasa kurang motivasi juga, sebab dari kecil saya sudah terbiasa mandi hujan. Biasalah, saya budak kampung. Tapi sekarang saya memang terasa bila mudah jatuh sakit selepas kena hujan.

“Jika terkena (hujan), saya harus cepat-cepat mandi dan berehat. Sekiranya dibiarkan, saya akan selesema dan hilang suara.

Dalam pada itu, pelantun lagu Bunga itu tidak menolak masalah yang dialaminya itu mungkin berpunca selepas dia dijangkiti Covid-19 sebanyak empat kali sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya pernah kena Covid-19 sebanyak empat kali, dan Influenza sekali. Sebab pernafasan saya pun sangat teruk sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, Ara yang ditemui semasa sidang media konsert Pesta Muzik Kuantan Bersama Ungu dan Artis Tanah Air, di sini, baru-baru ini bersyukur kerana sehingga kini dia masih mampu memberikan persembahan yang baik dan dapat memenuhi undangan untuk menyanyi.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah lagi batalkan mana-mana persembahan walaupun sakit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Rezeki saya juga, apabila tiap kali sakit tekak, saya masih mampu menyanyi nada tinggi dan beri persembahan terbaik meskipun dalam keadaan suara saya yang kedengaran sedikit kasar,” katanya lagi.

“Selain mengelak hujan, doktor turut menasihati saya untuk tidak makan makanan pedas dan minuman berais,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement