Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Arab Saudi Anjur Sidang Kemuncak Luar Biasa Mengenai Konflik Gaza


Arab Saudi konflik gaza

Arab Saudi Anjur Sidang Kemuncak Luar Biasa Mengenai Konflik Gaza

ANKARA, 11 Nov (Bernama-Anadolu) — Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak luar biasa Negara-Negara Arab-Islam pada Sabtu bagi membincangkan situasi di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

“Susulan situasi yang meruncing di Gaza, kerajaan memutuskan untuk mengadakan Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab-Islam di Riyadh pada Sabtu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia bagi menggantikan sidang kemuncak tergempar negara-negara Arab dan sidang kemuncak tergempar Islam yang dijadualkan pada tarikh yang sama,” menurut Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan.

Arab Saudi sebelum ini dijadual menganjurkan dua sidang kemuncak Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Kementerian itu menjelaskan bahawa keputusan untuk mengadakan sidang kemuncak Arab-Islam itu sebagai usaha menyatukan dan menyatakan pendirian bersama negara Arab-Islam mengenai situasi  yang belum pernah berlaku sebelum ini di Gaza dan wilayah Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Serangan berterusan tanpa henti rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza sejak kira-kira sebulan yang lepas telah membunuh lebih 11,000 orang, dengan sebahagian besar terdiri penduduk awam terutamanya wanita dan kanak-kanak.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Arab Saudi Anjur Sidang Kemuncak Luar Biasa Mengenai Konflik Gaza appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Mamak News

0 Lelaki Bunuh Ibu Bapa Direman Seminggu KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya dalam pergaduhan di rumah...

Mamak News

0 Angka Kematian Di Palestin Meningkat Kepada 17,674 Orang – Kementerian Kesihatan RAMALLAH (Palestin), 10 Dis (Bernama-WAFA) — Angka kematian penduduk Palestin susulan serangan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications