Hi, what are you looking for?

Mamak News

Arab Saudi Keluar Amaran Hujan Lebat Berterusan, Banjir Landa Kota Makkah


Arab Saudi Keluar Amaran Hujan Lebat Berterusan, Banjir Landa Kota Makkah

RIYADH, 26 Mei (Bernama) — Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi hari ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat berterusan selama lima hari selain ribut petir disertai ketulan air batu dan banjir kilat di kebanyakan wilayah di negara itu, mulai hari ini, Jumaat sehingga Selasa depan.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan direktorat itu melaporkan Kota Makkah yang menempatkan masjid paling suci umat Islam iaitu Masjidil Haram akan turut terkesan berikutan fenomena itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut SPA, angin kencang berdebu turut diramal berlaku di beberapa tempat termasuk kawasan Masyair di Makkah dan Madinah selain Taif, Maysan, Adham, Al-Khurma, Al-Ardiyat dan beberapa kawasan berhampiran di wilayah sempadan utara.

Direktorat itu menjelaskan jangkaan hujan sederhana hingga lebat dan angin kencang berdebu akan melanda wilayah Riyadh, Afif, Dawadmi, Al-Quwaiyah, Al-Majma’a, Al-Zulfi, Al-Ghat dan Ramah.

“Kami menasihatkan orang ramai, termasuk jemaah haji dan umrah supaya berhati-hati semasa fenomena hujan lebat dan menjauhi lokasi air hujan terkumpul bagi mengelakkan insiden luar jangka”, menurut direktorat itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Cemas, Viral Penumpang ‘Buka’ Pintu Kecemasan Pesawat Ketika Dalam Penerbangan

Sumber: Bernama

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lagi penguatkuasa dan seorang orang awam bagi membantu siasatan susulan kes rasuah disyaki melibatkan...

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications