Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Arah Tangkap Presiden Rusia, Ketahui Apa Kuasa Serta Fungsi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)


Arah Tangkap Presiden Rusia, Ketahui Apa Kuasa Serta Fungsi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)

Baru-baru ini, pihak ICC telah mengeluarkan satu waran tangkap ke atas dua orang individu yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak Ukraine.

Antara suspek yang terlibat adalah Presiden Rusia, Vladimir Putin serta Pesuruhjaya Hak Kanak-Kanak Rusia, Maria Lvova-Belova.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, nampak ramai di antara kita masih kurang mengenali sosok entiti ICC ini? Adakah kuasanya cukup tinggi sehingga mampu ‘mengheret’ pemimpin dunia ke muka pengadilan?

Bagi menjawab segala persoalan anda, Siakap Keli akan menerangkan entiti ICC ini secara satu persatu.

Melalui Statut Rom, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ditubuhkan sebagai satu badan undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court, ICC) merupakan sebuah badan perundangan tetap yang ditubuhkan menerusi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa 1998.

Berdasarkan perjanjian tersebut, badan berkenaan akan menyiasat, membicarakan individu-individu yang didakwa terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan segala jenayah ke atas kemanusiaan.

Fungsi mahkamah jenayah antarabangsa icc

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka juga berkuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara ke atas individu yang disabitkan kesalahan.

Pada 1 Julai 2002, sidang mahkamah tersebut mula diadakan selepas 60 buah negara meratifikasikan perjanjian berikut. Ibu pejabat bagi badan perundangan ini terletak di The Hague, Belanda.

Perbezaan ICC dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penubuhan ICC sebagai mahkamah merupakan satu langkah terakhir bagi membicarakan tindakan-tindakan yang keji setelah kegagalan mahkamah kebangsaan untuk bertindak ke atasnya.

| Kampungmamakcom Apa Itu Mahkamah Jenayah Antarabangsa IccKredit: PBB

Berbeza dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) yang diwakili oleh negara-negara terlibat, ICC menjalankan pendakwaan terhadap sesuatu kes menerusi individu yang terlibat.

Bidang kuasa mahkamah meliputi kesalahan jenayah yang berlaku selepas 1 Julai 2002, yang dilakukan sama ada di negara yang telah mengesahkan perjanjian itu atau oleh warganegara di negara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, sebanyak 139 buah negara telah menandatangani perjanjian tersebut, termasuklah beberapa negara di Timur Tengah dan Asia.

Walaupun Statut Rom telah mendapat sambutan ramai, terdapat kuasa veto yang tidak menyertai perjanjian tersebut. Malaysia turut keluar daripada statut tersebut pada 2019.

| Kampungmamakcom Penglibatan Malaysia Dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa IccPenglibatan Malaysia Dalam Statut Rom | Kredit: Bernama

Dalam pada itu, China, Rusia dan Amerika Syarikat telah menolak daripada menandatangani perjanjian tersebut. Malah, Amerika Syarikat telah menggugut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengeluarkan pasukan tenteranya daripada pasukan pendamai PBB.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Negara tersebut akan berbuat demikian melainkan warganegaranya (tentera dan orang awam) dikecualikan daripada didakwa ICC.

Antara pembicaraan yang pernah dikendalikan ICC

Namun begitu, lima tahun selepas sidang pertamanya, lebih daripada 100 buah negara telah meratifikasikan perjanjian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semua negara ahli akan diwakili dalam Perhimpunan Negara-Negara bagi memantau segala aktiviti ICC.

Sesi perbicaraan pertama ICC diadakan sekitar 2006. Tujuan perbicaraan tersebut adalah untuk menentukan sama ada tindakan patut dikenakan ke atas Thomas Lubanga, yang didakwa merekrut askar kanak-kanak di Congo.

Perbicaraan Lubanga merupakan julung kali diadakan pihak ICC. Sesi tersebut bermula pada 2009 dan pada Mac 2012, pihak mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Mei 2007 pula, pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas menteri dan ketua kumpulan militan di Sudan.

Waran tersebut dikeluarkan berkenaan peranan pihak-pihak terbabit dalam jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan rakyat Sudan di Darfur.

ICC turut mengeluarkan waran yang serupa ke atas Presiden Sudan ketika itu, Omar Hassan Ahmad al-Bashir pada Mac 2009. Ini merupakan kali pertama pihak mahkamah mengeluarkan penangkapan bagi ketua negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Apa Itu Mahkamah Jenayah Antarabangsa IccGambar hiasan | Kredit: Bernama

Seterusnya, ICC telah memulakan penyiasatan terhadap perbuatan jenayah yang didakwa dilakukan oleh pasukan bersenjata Myanmar terhadap kaum Rohingya. Kaum Rohingya merupakan satu komuniti Muslim yang tertumpu di bahagian Rakhine (Arakan), Myanmar.

Manakala, perbicaraan yang terbaharu adalah pada Mac 2022, iaitu selepas Rusia mengeluarkan pasukan tenteranya secara besar-besaran ke atas Ukraine.

Baru-baru ini, pihak ICC mengumumkan satu siasatan dijalankan bagi meninjau sebarang perbuatan jenayah yang mungkin dilakukan pihak Rusia ketika berada di Ukraine.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Vladimir Putin

Sumber: Encyclopaedia Britannica

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Didakwa kebulur perhatian oleh sebilangan peminat dek kerap menempel di bahagian komen mana-mana hantaran artis mahupun pempengaruh, penyanyi Erul Samah...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Nonny Nadirah tiba-tiba meluahkan kemarahan terhadap seseorang yang didakwa tidak berhenti mengganggu kehidupannya sejak tiga...

Sukan

3s JOHOR BAHRU – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari yang membantu pasukan mencatatkan kejuaraan quadruple pada musim ini dilaporkan meninggalkan kelab...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Shakilla Khoriri sudah sedia berdepan bekas suaminya, Fizi Ali yang membawa tuntutan penjagaan anak mereka, Ameena Sofia di mahkamah,...

Advertisement