Hi, what are you looking for?

Sukan

Arsenal sentiasa yakin untuk menang


LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta melalui separuh musim yang cukup menggembirakan selepas pasukan itu meraih 50 mata daripada 19 perlawanan selepas menewaskan Manchester United 3-2 awal pagi semalam.

Dua gol menerusi Eddie Nketiah dan Bukayo Saka menyaksikan Arsenal masih mengekalkan jurang lima mata berbanding pencabar utama mereka, Manchester City biarpun Arteta dilayangkan kad kuning ekoran membantah keputusan pengadil pada aksi berkenaan.

Musim ini adalah kempen terbaik dilalui oleh Arsenal sejak sekian lama biarpun perjalanan mereka masih panjang, namun para pemain muda skuad kendalian Arteta itu dilihat semakin yakin terhadap kemampuan mereka untuk memburu kejua­raan musim ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Arteta mengakui kemenangan berkenaan cukup memuaskan hatinya apabila berjaya membalas dendam pada kekalahan aksi pertama di Old Trafford sekali gus memiliki kelebihan jurang 11 mata berbanding United.

“Sangat beremosi, para pemain telah memberikan segala-galanya termasuk kesungguhan dan kualiti. Tidak ada yang lebih baik berbanding keputusan pada perlawanan ini.

“Selepas aksi derbi (menentang Tottenham Hotspur) dan mampu bermain dengan cara kami, pada saya ia menakjubkan. Aksi babak kedua terutamanya, kami berjaya memberikan aksi yang luar biasa,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Arsenal terlebih dahulu ke­tinggalan menerusi gol Marcus Rashford sebelum Bukayo Saka menyamakan kedudukan dan Eddie Nketiah meletakkan mereka di hadapan.

Namun, pemain pertahanan United, Lisandro Martinez kembali menyamakan kedudukan sebelum Nketiah muncul wira de­ngan meledak gol kemenangan pada penghujung perlawanan.

“Kami berjaya untuk mengekalkan permainan yang tersusun serta memiliki keinginan untuk memenangi aksi kali ini. Kami tidak panik, kekal tenang dan paling penting kami sentiasa percaya mampu untuk memenangi perlawanan,” jelas­nya. – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Sukan

0 BINTANG Manchester City, Newcastle United dan Manchester United dijangka menjadi pilihan kebanyakan pengurus untuk cuba mengatur perancangan terbaik bagi Fantasi Liga Perdana Inggeris...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan termasuk...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications