Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Arteta mahu Arsenal kekal kompetitif


LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta tetap menghomati rakan sejawatnya di West Ham United, David Moyes ketika kedua-dua pasukan akan buat perhitungan di Stadium London, malam esok.

Selain mengagumi pengalaman luas yang dimiliki Moyes, Arteta juga percaya pengurus itu sudah pun merubah The Hammers jadi kelab yang lebih kompetitif dan mampu menghadirkan kekecewaan buat The Gunners.

“Dia (Moyes) seorang pengurus berpengalaman dan sudah melakukan tugasnya dengan cukup baik. Dia melakukannya dengan pelbagai cara dan dia juga cukup kompetitif apabila mampu memahami pasukan dengan cukup baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang luar biasa. West Ham United adalah pasukan yang bagus dan agak sukar untuk ditewaskan ketika mereka bermain di tempat sendiri.

“Jadi saya perlu pastikan Arsenal berada pada tahap terbaik bagi memenangi perlawanan kali ini,” katanya yang memacu Arsenal raih kemenangan 3-1 ke atas Liverpool, Isnin lalu.

Ketika ini, Arsenal berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, berkongsi 49 mata dengan Manchester City di tempat kedua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Arteta menjelaskan kejayaan ke atas Liverpool sebelum ini jadi bukti jelas yang seluruh pasukan sudah pun memainkan peranan masing-masing untuk mengembalikan The Gunners di landasan tepat.

Rekod 10 jaringan dalam tiga aksi terkahir menyerlahkan ketajaman jentera serangan Arsenal dan Arteta mahu anak buahnya kekal kompetitif sekaligus mampu meraih tiga lagi mata penting. AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement