Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Artis terasa isu bahan terlarang, Che Ta didesak padam video


BANGI – Susulan pendedahan mengenai seorang artis mengambil bahan terlarang, pelakon Rozita Che Wan mengakui ada individu terasa sehingga wakil sebuah syarikat pengurusan individu terbabit mendesaknya menurunkan video tersebut.

Katanya, dia akur memenuhi gesaan pihak tersebut dengan memadamkan hantaran dimuat naik kerana enggan memanjangkan isu.

“Selepas berkongsi video amaran meminta pelakon baharu berwaspada dengan pujukan seorang aktres mencuba bahan terlarang, saya dihubungi pihak tertentu.

“Rupa-rupanya ada yang terasa dan minta wakilnya menggesa saya memadam hantaran berkenaan, sedangkan saya tidak menyebut nama sesiapa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa pun saya turuti saja permintaan (padam), bukan takut sebaliknya sebab saya didesak,” katanya selepas sidang media Lip Lap Ramadan Hotel Tenera Bangi, hari ini.

Pelakon dan usahawan itu berkata, tujuan asal membangkitkan hal yang tular hanya mahu memperingatkan bakat muda agar jangan terpedaya dengan pujukan individu dimaksudkan.

Ujarnya, dia enggan masuk campur urusan peribadi selebriti senior terbabit, tetapi terpaksa bersuara selepas kasihan dengan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya didatangi pelakon muda itu buat kali kedua dan tergerak menyuarakan masalah yang dicetuskan individu sama agar semua bakat baharu berjaga-jaga.

“Harap jangan terjerumus dengan perkara negatif, itu saja. Soal dia nak menggunakan bahan terlarang, itu pilihannya cuma jangan pengaruhi orang lain,” ujarnya.

Beberapa hari lalu pelakon drama Bedah Tong Gas itu menyelar tindakan seorang individu popular yang dilihat cuba menjerat bakat baharu agar mencuba bahan terlarang bersamanya.

Perkongsian Che Ta tular dalam laman sosial sehingga mengundang persoalan dalam kalangan netizen mengenai identiti pelakon dimaksudkan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement