Hi, what are you looking for?

Selebriti

Artis Thai Mati Lemas Cetus Misteri, Penyiasat Terkemuka Bentangkan ‘Persoalan’ Yang Mencurigakan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Tangmo Nida, pelakon Thailand yang meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya minggu lalu telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Dia yang berusia 38 tahun dipercayai terjatuh ke dalam sungai sekitar jam 10.40 malam Khamis dan mayatnya ditemui kira-kira jam 1.00 tengah hari pada Sabtu lalu.

Kematian aktres cantik dari negara jiran ini telah mencetuskan pelbagai teori serta spekulasi. Dalam laporan bedah siasat difahamkan bahawa Tangmo ditemui dengan luka besar di bahagian paha yang dipercayai akibat terkena kipas bot. Dia juga mempunyai lebam dan calar kecil di kaki kirinya. Kini pihak polis sedang menyiasat dengan lebih lanjut punca luka tersebut.

Lima rakan Tangmo yang turut berada di lokasi kejadian kini menjadi saksi utama kematian rakan mereka. Menurut Bangkok Post, polis difahamkan tidak begitu yakin dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kelima-lima rakan Tangmo. Tambahan pula salah seorang daripada rakan tersebut mempunyai kesan calar pada lengan dan lebam di bahagian bahu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ibu Tangmo, tiada seorang pun daripada lima orang rakan anaknya itu dapat dihubungi selama berjam-jam selepas anak perempuannya hilang. 

Situasi misteri yang menyelebungi kematian Tangmo kini telah menjadi obsesi bagi rakyat negara Gajah Putih, dan kecurigaan semakin timbul terhadap tingkah laku pengurusnya, Itsarin “Kratik” Jutasuksawat yang mendakwa bahawa dia tidak tahu berenang ketika ditanya mengapa dia tidak terjun untuk menyelematkan Tangmo, walaupun terdapat bukti bahawa dia sebenarnya tahu berenang.

Terbaharu, menurut laporan media Thaiger, bekas pesuruhjaya polis, Kamronwit Toopkrajang turut mengulas kes Tangmo.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menyatakan bahawa jika benar Tangmo mahu membuang air kecil di belakang bot, mengapa mayatnya ditemui dengan pakaian yang masih utuh, seolah-olah tidak pernah dibuka. Jaket yang dipakai oleh Tangmo juga masih kelihatan cantik dililit di bahagian pinggang.

Pasukan forensik berkata mereka tidak dapat menentukan sama ada Tangmo benar-benar mahu membuang air kecil sebelum lemas, kerana mayatnya telah berada di dalam air untuk tempoh yang lama. Forensik juga tidak dapat menentukan sama ada aktres itu terjatuh secara tidak sengaja atau dia telah ditolak.

Selain itu, laporan turut menyebut bahawa luka dalam sepanjang 30 sentimeter pada kakinya mungkin disebabkan oleh kipas bot, yang mungkin telah memotong arteri utama sehingga mengehadkan keupayaannya untuk berenang. Bagi Tookprajang, laporan ini tidak konsisten dengan jenis luka yang dihasilkan oleh kipas yang sedang berputar, yang sepatutnya mengoyakkan daging dengan menghasilkan luka yang tidak cantik, bukannya berbentuk lurus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil laporan forensik juga tidak dapat menentukan sama ada kakinya dicederakan sebelum atau selepas kematian. Jelas sekali Tongmo masih hidup ketika dia di dalam air kerana dia masih bernafas, tetapi tidak boleh berenang. Ia menunjukkan kakinya cedera sebelum dia lemas.

Toopkrajang turut percaya bahawa Tangmo mati di kawasan air yang tidak dalam kerana kesan pasir yang ada di dalam paru-parunya. Dia turut percaya bahawa kemungkinan saksi sengaja membawa polis ke arah yang salah, ke arah kawasan yang sungai yang dalam. Ini menjelaskan lagi kenapa ia mengambil masa yang lama untuk mencari mayat Tangmo.

Beliau turut meminta polis untuk melawat restoran tempat mereka berkumpul untuk makan malam. “Semak CCTV, semak bila mereka keluar dan masuk, makanan apa yang mereka pesan? Ada minuman beralkohol?”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, dia juga meminta polis untuk memeriksa kelajuan bot kerana ada penduduk tempatan memberitahunya bahawa mereka berselisih dengan bot tersebut berkali-kali dan di pandu pada kelajuan tinggi. Sekiranya bot berada pada kelajuan tinggi, tempoh dari restoran ke tempat kejadian tidak boleh melebihi 30 minit.

“Saya harap pihak polis akan menyiasat kes ini secara jujur dan telus. Mereka mungkin orang kaya, tetapi mereka perlu dipenjarakan jika mereka melakukan sesuatu yang salah. Jika saya berada di atas bot dan seseorang jatuh, saya akan melakukan segala-galanya untuk mencari orang itu. Ini pelik. Orang yang menaiki bot itu menghilangkan diri selama sehari sebelum membuat laporan kepada polis. Di manakah mereka? Adakah mereka mempersiapkan sesuatu?” kata Toopkrajang kepada pihak media.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki berlagak samseng dengan melanggar sebuah kereta secara mengundur dalam kejadian yang berlaku...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MUNICH – Penyerang baharu Bayern Munich, Sadio Mane sekali lagi mencuri perhatian ketika menghantar hadiah berupa 150 kotak...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. RABAT: Sekurang-kurangnya 23 orang maut manakala 36 yang lain cedera dalam nahas bas yang berlaku di Casablanca, ibu...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Berani buat, berani tanggung. Itu perumpamaan paling tepat buat pelakon muda meningkat naik Meerqeen selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications