Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Arwah pesan jangan terima pangkat


ARENA bola sepak negara sekali lagi kehilangan permata apabila jurulatih berprofil tinggi, Mohd. Azraai Khor Abdullah, 72, meninggal dunia akibat sakit dalam perut di sebuah pusat perubatan swasta di sini semalam.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 12.05 tengah hari semalam ketika menerima rawatan di pusat perubatan tersebut.

Isteri Allahyarham, Rohani Ibrahim, 64, berkata, suaminya mengadu sakit dalam perut dan sukar untuk membuang air besar sejak empat hari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Suami ada ke klinik swasta dan doktor ada beritahu tekanan darahnya naik sehingga lebih 200 dan kami fikir mungkin tekanan darah tinggi disebabkan suami tidak cukup tidur kerana sakit dalam perut.

“Kami juga ada berikhtiar secara kampung, namun keadaannya semakin lemah sehingga buah yang saya suap pada pagi tadi keluar semula,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan swasta berkenaan semalam.

Katanya, suaminya kemudian dibawa ke pusat perubatan swasta menggunakan ambulans dan doktor bertungkus-lumus berusaha menyelamatkan arwah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Namun, suami saya disahkan menghembuskan nafas terakhir tengah hari tadi. Saya reda dengan pemergiannya, namun saya masih terkejut kerana dia pergi secara mengejut.

“Saya reda arwah pergi, arwah merupakan orang yang baik dan meninggal dunia pada bulan Rejab. Cuma hasrat arwah untuk menghantar anak perempuan menyambung pengajian di sebuah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat pada Mac ini tidak kesampaian,” jelasnya.

| Kampungmamakcom
AZRAAI KHOR

Selain itu, katanya, arwah sebelum ini ada meninggalkan pesan kepadanya supaya jangan menerima sebarang penganugerahan pangkat seperti Datuk jika dia meninggal dunia.

“Arwah pesan jangan ambil apa sahaja pangkat yang akan diberikan jika dia meninggal dunia. Mungkin dia rasa masa dia sihat, tidak ada apa (penghargaan) diberikan,” katanya sambil memberitahu arwah sangat berbangga menjadi anak jati Kedah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, arwah juga seorang yang sangat dihormati dalam industri bola sepak tempatan.

“Bagi saya, arwah tiada pengganti kerana ramai yang hormat dia kerana dia tidak sombong dengan semua orang termasuk media selain merendah diri, mudah tersenyum dan tidak mudah marah orang. Arwah tidak pernah nak hentam sesiapa mahupun nak guris perasaan orang.

“Jasa arwah tidak ternilai termasuk membawa Kedah untuk merangkul kejayaan double trouble, malah selepas bersara arwah juga aktif dalam industri bola sepak. Jika ada yang panggil termasuk untuk akademi bola, dia akan pergi tanpa minta bayaran,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, katanya arwah terlibat dalam satu program bola sepak dan mengikuti proses pemilihan pada bulan lalu.

“Namun, arwah ada beritahu saya dia tidak mampu untuk hadir pada program tersebut yang dijadualkan pada Sabtu ini berikutan keadaannya yang semakin lemah. Poster tentang program itu juga sudah dinaikkan,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham Mohd Azraai Khor dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, di sini selepas solat asar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Azraai Khor merupakan nama yang terpahat dalam lipatan sejarah bola sepak Kedah setelah kejayaannya menyapu bersih enam piala dalam tempoh dua tahun dengan memimpin Kedah merangkul kejayaan double treble musim 2006/2007 serta 2007/2008.

Beliau yang berasal dari Kampung Alor Semadom juga pernah menjadi jurulatih skuad Harimau Muda A pada 2010.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement