Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

AS dituduh hantar mozek Rom palsu ke Lubnan


BEIRUT: Seorang ahli akademik terkemuka di Britain dan Perancis menuduh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menghantar pulang artifak era Rom palsu ke Lubnan.

Lapor The Guardian, Djamila Fellague dari Universiti Grenoble mendakwa lapan daripada sembilan panel mozek yang dipulangkan oleh pihak berkuasa AS baru-baru ini ke negara Asia Barat itu bukanlah seperti diketahui.

Malah, beliau juga mendakwa menemukan bukti bahawa dalang sindiket menyalin reka bentuk mozek asli di tapak arkeologi atau muzium di Sicily, Tunisia, Algeria dan Turkiye.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lapan daripada sembilan panel mozek dipulangkan adalah palsu yang mana ia agak mudah dikesan kerana model digunakan merupakan mozek terkenal,” katanya.

Fellague menunjukkan sebuah panel mozek memaparkan Anguiped Giant yang dipercayainya berdasarkan bahagian mozek terkenal di Villa Romana del Casale di Sicily.

Selain itu, beliau juga mendakwa pihaknya mendapati mozek Neptun dan Amphitrite diambil sebagai model utama mozek yang ditemukan di Constantine, Algeria yang berada di Louvre, Paris sejak pertengahan abad ke-19.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan mozek lain dikembalikan ke Lubnan, Fellague mendakwa hanya terdapat satu contoh yang diilhamkan oleh mozek sebenar dari Lubnan, iaitu gambaran terkenal Bacchus di Muzium Negara di Beirut.

Sementara itu, pakar terkemuka mengenai kajian barang antik dirompak dan rangkaian penyeludupan, Christos Tsirogiannis percaya bukti berkenaan tidak dapat disangkal.

Kata Tsirogiannis, sekiranya pendedahan itu terbukti benar maka ia amat memalukan bagi pejabat peguam daerah Manhattan yang sebelum ini mengumumkan penghantaran balik barangan antik itu ke Lubnan.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tak Kumpau, Budak 11 Tahun Berjaya Naikkan Ikan Keli Berat 68 Kilogram Seorang kanak-kanak berasal dari United Kingdom dilaporkan berjaya menangkap ikan keli...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Hiburan

0 BERGELAR pewaris kepada seniman dan seniwati tersohor, Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Allahyarhamah Datin Saadiah bukanlah tiket untuk pelakon berkaliber, Fazlina Ahmad Daud...

Mamak News

0 Gelagat Final Piala Malaysia, Penyong Datang Stadium Pakai Baju Pengantin Bahang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 kian terasa. Penyong pasukan yang bertanding,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications