Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

AS luluskan vaksin chikungunya pertama di dunia


WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan vaksin pertama di dunia untuk virus chikungunya yang kini dilihat sebagai ancaman kesihatan global terbaharu.

Menurut FDA, vaksin yang diberi nama Ixchiq diluluskan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan berisiko tinggi dijangkiti penyakit itu.

Vaksin itu dibangunkan oleh syarikat bioteknologi Valneva dari Eropah dan kelulusan yang diberikan FDA dijangka mempercepat pelaksanaan pemberian imunisasi berkenaan di negara berisiko tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penyakit bawaan nyamuk itu menyebabkan gejala demam, sakit kepala, ruam, sakit sendi serta sakit otot, malah boleh membawa maut terutama kepada bayi baru lahir.

Sakit sendi yang diakibatkan virus itu boleh berlarutan selama berbulan-bulan atau dalam sesetengah kes berpanjangan hingga bertahun-tahun.

Kira-kira 440,000 kes chikungunya termasuk 350 kematian dilaporkan setakat September lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika ini tiada ubat khusus untuk merawat chikungunya dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Selatan mencatatkan jumlah kes tertinggi tahun ini.

Data daripada Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah menunjukkan bahawa Brazil mencatat jumlah tertinggi sebanyak 218,613 kes sepanjang tahun ini.

Lebih daripada 93,000 kes turut dilaporkan di India, di mana ibu kota New Delhi menyaksikan wabak besar menular pada 2016.-AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Putin Dakwa Perang Dunia 3 Sedang Berlaku Baru-baru ini, Presiden Rusia Vladimir Putin membuat dakwaan bahawa Perang Dunia 3 sedang berlaku pada ketika...

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications