Hi, what are you looking for?

Mamak News

As’ad Tokoh Maal Hijrah Perak


IPOH – Ahli Jawatankuasa Fatwa Perak dan Ahli Majlis Agama Islam Perak, Datuk As’ad Awang, 65, dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak bagi tahun 1444 Hijrah.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Jamek Pengkalan Hulu, Sirat Abdullah yang memperkenalkan konsep masjid dalam kebun menerima Anugerah Tokoh Ar Ridzuan.

Kedua-dua tokoh berkenaan menerima hadiah berupa wang tunai RM15,000 di samping pakej umrah bernilai RM7,000 berserta sijil setiap seorang yang disampaikan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penyampaian anugerah Tokoh Maal Hijrah dan Tokoh Ar Ridzuan itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang turut berkenan menyampaikan enam lagi anugerah lain.

Sementara itu, As’ad ketika ditemui pemberita menzahirkan rasa syukur serta teharu diberi peluang untuk menerima anugerah berkenaan dan turut menasihati golongan muda Islam untuk lebih berani berhijrah ke arah kebaikan selain tidak berputus asa dengan cabaran semasa kini.

Menurut beliau, cabaran yang dihadapi golongan remaja dan belia masa kini berbeza ketika zaman remaja beliau di mana generasi hari ini berhadapan dengan situasi ekonomi, penyakit serta krisis makanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Golongan muda boleh menguasai pelbagai bidang dengan syarat rajin bekerja selain tabah dengan ujian semasa hari ini.

“Golongan ini amat berpotensi dalam membentuk negara dengan kefahaman ilmu. Maka contohilah semangat Rasullah SAW dan sahabat dalam hijrah mengembangkan penyebaran agama Islam,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan di Pusat Konvensyen [email protected] di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement