Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

ASEAN enggan jadi proksi kuasa besar dunia


JAKARTA: Pemimpin Asia Tenggara bertemu dengan pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS), China dan Jepun dalam satu siri sidang kemuncak di Indonesia, menyaksikan persaingan kuasa besar, isu serantau dari Laut China Selatan dan peluru berpandu Korea Utara menjadi topik utama perbincangan.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43, 10 negara anggota turut mengadakan persidangan berasingan dengan China, Jepun, Korea Selatan, AS dan Kanada, sekali gus menyediakan arena untuk kuasa besar melobi blok itu.

FOKUS ISU SERANTAU

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Presiden AS, Kamala Harris hadir menggantikan Presiden, Joe Biden, manakala Perdana Menteri China, Li Qiang mengambil bahagian dalam persidangan tersebut bagi mewakili Presiden, Xi Jinping.

“Kami mencari titik temu sambil mengetepikan perbezaan. Kami berdua mempunyai usaha untuk mencapai keamanan yang berterusan.

“Selagi kita berada di landasan yang betul, tidak kira apa badai yang akan datang, kerjasama China-ASEAN akan teguh seperti biasa dan mampu melawan segala rintangan,” kata Qiang dalam ucapan pembukaan pada sidang kemuncak ASEAN-China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesyuarat semalam lebih memfokuskan isu serantau sebelum Sidang Kemuncak Asia Timur yang akan dihadiri Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov berlangsung dengan isu geopolitik lebih luas menjadi agenda utama.

“Pada kedua-dua sidang kemuncak itu, Timbalan Presiden menekankan komitmen berterusan AS kepada rantau Asia Pasifik secara amnya dan kepada pusat ASEAN khususnya,” kata Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol turut bertemu dengan Qiang bersama tambahan tiga persidangan berasingan di mana pertelingkahan mengenai pelepasan air sisa terawat dari loji nuklear Fukushima diketengahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Qiang berkata, kuasa besar mesti menentang konfrontasi dan ‘perang dingin baharu’ ketika bertemu dengan dua pemimpin berkenaan.

“Percanggahan pendapat dan pertikaian mungkin timbul antara negara disebabkan persepsi yang salah, kepentingan yang berbeza atau campur tangan luar.

“Untuk memastikan perbezaan terkawal, apa yang penting sekarang ialah usaha menentang tindakan memilih pihak, konfrontasi blok dan perang dingin baharu,” tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

ENGGAN JADI PROKSI

Tuan rumah Indonesia menegaskan bahawa blok itu tidak akan menjadi proksi untuk persaingan kuasa besar ketika ketegangan antara AS dan China berterusan dalam isu di Taiwan, Laut China Selatan dan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Suk Yeol dalam temu bual dengan akhbar Kompas berkata, beliau akan mendesak ASEAN untuk bergabung tenaga dengan Seoul bagi menentang ancaman nuklear Pyongyang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemimpin Asia Tenggara turut menggunakan platform sidang kemuncak tersebut untuk mengutuk keganasan dan serangan ke atas orang awam di Myanmar dan mengecam tindakan kejam junta tentera negara itu.

Indonesia menegaskan, terdapat sedikit kemajuan dalam rancangan damai yang dipersetujui negara anggota.

China turut mengecewakan beberapa anggota ASEAN minggu lalu apabila mengeluarkan peta rasmi baharu yang menuntut kedaulatan ke atas majoriti Laut China Selatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keadaan itu turut mencetuskan teguran tajam dari seluruh rantau termasuk Malaysia, Vietnam dan Filipina.

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. sempat memberi amaran terhadap cita-cita hegemoni di laluan air yang dipertikaikan itu dan menegaskan, kesilapan pengiraan boleh membawa akibat paling buruk kepada negara Asia Tenggara.-AFP


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications