Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Atlet Rusia Dan Belarus Dijemput Sertai Sukan Asia


Atlet Rusia Dan Belarus Dijemput Sertai Sukan Asia – Majlis Olimpik Asia

Atlet dari Rusia dan Belarus telah dijemput untuk bertanding ke Sukan Asia di Hangzhou, China tahun ini walaupun kedua-dua negara tersebut disisihkan daripada melibatkan diri dalam beberapa acara sukan antarabangsa utama, menurut Majlis Olimpik Asia (OCA), lapor RT.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata bahawa perkara yang bakal dipertimbangkan itu boleh mewujudkan rangka kerja untuk mengembalikan pesaing Rusia dan Belarus ke pertandingan Olimpik, dengan memenuhi syarat tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini termasuk pematuhan ketat kepada kod Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), manakala atlet yang menyatakan sokongan untuk operasi ketenteraan di Ukraine juga akan hilang kelayakan.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, IOC juga menyatakan bahawa pihaknya mengalu-alukan tawaran daripada Majlis Olimpik Asia untuk menjemput atlet Rusia dan Belarus bertanding dalam acara kelayakan Olimpiknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“OCA menyertai pergerakan Olimpik dalam menyokong kenyataan Lembaga Eksekutif IOC mengenai solidariti dengan Ukraine, sekatan terhadap Rusia dan Belarus dan status atlet dari negara-negara ini,” kata OCA pada hari Khamis sebagai respon kepada kenyataan IOC.

“OCA percaya kepada kuasa penyatuan sukan dan semua atlet, tanpa mengira kewarganegaraan atau pasport yang mereka pegang, seharusnya boleh bersaing dalam pertandingan sukan. OCA telah menawarkan untuk memberi peluang kepada atlet Rusia dan Belarus yang layak untuk mengambil bahagian dalam pertandingan di Asia, termasuk Sukan Asia.

“OCA kekal bersiap sedia kerana IOC terus berunding dengan Persekutuan Antarabangsa untuk mengembalikan penyertaan atlet Rusia dan Belarus dalam pertandingan di bawah syarat yang ketat.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik RT, jemputan itu dibuat walaupun terdapat permintaan dari Ukraine untuk melarang kemasukan atlet Rusia dan Belarus daripada pertandingan Olimpik.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata pada awal minggu ini dalam panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron bahawa rakyat Rusia ‘tiada tempat’ di Sukan Olimpik Paris pada tahun depan.

Rusia dan Belarus dilaporkan tidak dapat menyertai sebahagian besar sukan antarabangsa sejak sebelas bulan lalu berikutan sekatan yang dikenakan oleh IOC yang kemudiannya dipatuhi oleh beberapa persekutuan sukan global yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, baru-baru ini Presiden IOC, Thomas Bach berkata, walaupun beliau percaya sekatan harus diteruskan terhadap kerajaan Rusia dan Belarus, Piagam Olimpik menetapkan bahawa ia harus ‘menghormati hak semua atlet untuk dilayan tanpa diskriminasi.’

Difahamkan Sukan Asia 2022 bakal diadakan di Hangzhou, China bermula 23 September 2023 hingga 8 Oktober 2023.

Sumber: RT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement