Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

ATV Di Kundasang, Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga


Korang kena masukkan aktiviti ini dalam bucketlist korang tauu!

ATV Di Kundasang, Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga. Dekat Sabah ni ada tak aktiviti yang thrill tapi sesuai untuk semua peringkat umur? Adaaa, mestilah ada. Aktiviti ni bukan saja dapat meluangkan masa bersama keluarga, malah sambil dapat melihat keindahan alam dari bukit tauu!

Di Kundasang, korang boleh join aktiviti pengembaraan menggunakan ATV. Haa nak dekat cuti hujung tahun ni, bolehlah masukkan dalam wishlist korang. Bukan setakat menguji adrenalin korang, tetapi juga memberi peluang untuk menikmati keindahan luar biasa Sabah.

ATV Di Kundasang, Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga
ATV Di Kundasang Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga Kredit gambar Klook

Aktiviti menunggang ATV melalui laluan yang unik dan menarik di sekitar kawasan Bukit Sosodikon Kundasang.

Bukit ini terletak di Kauluan, Kundasang iaitu kira-kira 19 km atau 30 minit perjalanan dari Bandar Ranau dan 100 km atau 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Bukit ini tidak terlalu tinggi iaitu lebih kurang dalam 400 meter tinggi saja oleh itu tempat ini memang sangat sesuai untuk anda sekeluarga datang ke bukit ini untuk melihat keindahan pemandangan di sini.

Harga Pakej ATV dan Hiking Sosodikon Hill

  1. Pakej Single Seater: Harga RM100 untuk warganegara Malaysia. Pakej ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman mengemudi ATV secara solo.
  2. Pakej Double Seater: Dengan harga hanya RM150, dua orang dapat menikmati pengembaraan bersama. Ini merupakan pilihan yang bagus untuk pasangan atau teman yang ingin berkongsi pengalaman ini.

Usah risau, dalam pakej ini anda akan ditemani guide dan turut diajar cara-cara menggunakan ATV tersebut semasa berada di Bukit Sosodikan. Jangan lupa untuk sediakan barang keperluan untuk anda melakukan aktiviti menarik ini.

Untuk sampai ke puncak bukit ini tidaklah mengambil masa yang lama iaitu hanya kira-kira 10 minit hingga 20 minit saja, tapi bergantung juga dengan stamina anda, sebab kalau kuat mungkin memang sekejap saja sampai, tapi kalau selalu berhenti-henti mungkin akan makan masa lebih sikit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
ATV Di Kundasang, Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga
ATV Di Kundasang Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga Kredit gambar Klook
ATV Di Kundasang, Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga
ATV Di Kundasang, Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga. Kredit gambar: Jean | Klook
ATV Di Kundasang, Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga
Kredit gambar: Karen | Klook

Tapi kalau perlahan-lahan naik pun bagus juga sebab banyak pemandangan yang boleh dilihat termasuk pelbagai jenis bunga yang hidup mekar dengan begitu indah ditepi setiap laluan mendaki ke bukit ini, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mengambil gambar bunga yang cantik. Turut diingatkan di sini anda boleh bergambar atau mengambil bunga sahaja, dilarang petik bunga tersebut.

Untuk membuat tempahan, anda boleh klik link di sini.

Lokasi: Bukit Sosodikan Kundasang, Sabah
Tempoh Aktiviti: 1 jam hingga 3 jam
Perluasan Umur: Sesuai untuk pelbagai peringkat umur, dengan syarat keselamatan yang ketat
Perlengkapan: Semua peralatan ATV disediakan, termasuk helmet dan peralatan keselamatan
Panduan Profesional: Disediakan untuk membimbing dan memastikan keselamatan peserta

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications