Hi, what are you looking for?

Mamak News

Aubameyang disyaki alami masalah jantung


YAOUNDE, Cameroon – ­Kapten Gabon, Pierre Emerick Aubameyang terpaksa diketepikan menentang Ghana pada aksi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) awal pagi semalam selepas disyaki mengalami masalah jantung ekoran jangkitan Covid-19.

Bukan sahaja Aubameyang, tetapi dua lagi pemain Gabon, Mario Lemina dan Axel Meye yang diuji positif Covid-19 ketika aksi pembukaan sebelum ini juga terpaksa melupakan perlawanan itu kerana berdepan masalah sama.

Doktor Arsenal yang berhubung dengan Aubameyang melaporkan, pemain itu berada dalam keadaan baik dan positif, namun Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) tidak berani mengambil sebarang risiko terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Menurut Suruhanjaya Perubatan CAF, Aubameyang, Meye dan Lemina yang baru sahaja pulih daripada Covid-19 tidak dapat mengambil bahagian dalam perlawanan ini.

“Pemeriksaan yang dilakukan menunjukkan ada masalah pada jantung. CAF tidak mahu mengambil sebarang risiko,” menurut kenyataan Persekutuan Bola Sepak Gabon.

Ketiadaan mereka bertiga menyaksikan Gabon sekadar seri 1-1 dengan Ghana dan kini menduduki tangga kedua di belakang Maghribi yang berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Comoros awal pagi semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain, imbasan ultrasound ke atas Alphonso Davies mendapati tonggak pertahanan Bayern Munich itu turut berdepan masalah sama membabitkan jantung yang juga disebabkan kesan daripada jangkitan Covid-19.

Pengurus Bayern, Julian Nagelsmann berkata, ujian ke atas Davies mendapati, ada tanda-­tanda myocarditis iaitu keradangan pada otot jantung.

“Ultrasound menunjukkan ada myocarditis dan ia perlukan sedikit masa untuk sembuh. Tidak jelas sama ada jangkitan itu berlaku kerana selesema, Omicron, Delta ataupun varian lain,” jelasnya. – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.



Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications