Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Aura Piala Malaysia 2022 belum ‘pudar’


| Kampungmamakcom
WARTAWAN EKSEKUTIF MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

BAHANG kehangatan final Piala Malaysia edisi 2022 yang dija­dualkan berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil semakin dirasai oleh peminat bola sepak tanah air.

Malah, ia melibatkan dua pa­sukan ‘ikonik’ tempatan dengan mempertemukan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kemenangan Piala Malaysia sebanyak 33 kali, Sela­ngor FC.

Di atas kertas, peluang kedua-dua pasukan nampak seimbang dengan JDT memiliki kelebihan tersendiri apabila masih kebal dengan rekod tanpa sebarang kekalahan pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Skuad Harimau Selatan ken­da­lian Hector Bidoglio juga bera­da di landasan terbaik untuk ‘me­nyapu bersih’ trofi Liga M musim ini selepas terlebih dahulu mengungguli saingan Liga Super, Piala Sumbangsih dan Piala FA.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi Selangor FC, tiada apa yang lebih manis selain menjulang trofi tertua bola sepak tempatan itu sekali gus mengakhiri kemarau tujuh tahun tanpa trofi utama serta ‘Misi ke-34’ mereka.

Semua tahu cabaran yang diharungi skuad Gergasi Merah yang bergelut sejak awal tahun ini dengan sentuhan ‘DNA Jerman’ tidak menjadi di bawah kendalian Michael Feichtenbeiner dan Karsten Neitzel sebelum ini.

Justeru, pengurusan Selangor membuat keputusan dengan merombak barisan kejurulatihan dan memberi peluang buat bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk mengemudi pasukan sejak September lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kepercayaan itu dibalas oleh Cheng Hoe apabila merekodkan aksi tanpa kalah hampir dua bulan meskipun tewas 0-1 kepada Terengganu FC pada saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia Isnin lalu tetapi masih dianggap kemenangan selepas meraih keputusan 3-2 secara agregat.

Di luar padang pula, mungkin ramai berpendapat aura Piala Malaysia kali ini tidak dirasai seperti kebiasaan susulan pertembungan dengan beberapa acara penting di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, tekanan yang diberikan penyokong bola sepak tanah air untuk menyaksikan Video Bantuan Pengadil (VAR) diperkenalkan pada aksi final Piala Malaysia juga tidak berhasil sekali gus mengurangkan lagi kemeriahan edisi ke-96 kali ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, pengaruh terbesar sudah tentulah pertembungan dengan kejohanan Piala Dunia 2022 yang sudah membuka tirai sehingga menyaksikan peminat sukan tempatan mula merasai ‘demam’ Piala Dunia.

Namun, penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli masih menganggap final Piala Malaysia kali ini memiliki prestij tersendiri meskipun bertembung dengan saingan Piala Dunia.

“Saya rasai penganjuran Piala Dunia mungkin menjejaskan sedikit kehangatan final Piala Malaysia tetapi ia tidak ketara memandangkan pasukan yang beraksi nanti berstatus gergasi seperti JDT dan Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya pasti venue perlawanan akan dibanjiri dengan kedua-dua penyokong kerana JDT mahu mencipta sejarah tersendiri menjuarai trofi keempat musim ini.

“Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan di Malaysia dan mereka pasti akan berjuang habis-habisan.

“Situasi sama turut melibatkan Selangor FC yang berjaya mencipta kejutan mara ke final buat kali pertama sejak musim 2016 dan ini adalah peluang mereka membuktikan sesuatu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia adalah final yang menarik untuk disaksikan khususnya dengan kehadiran Selangor kerana kita tahu Piala Malaysia cukup sinonim dengan negeri itu selepas bergelar juara 33 kali sebelum ini,” katanya.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement