Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Awal Ashaari sekeluarga selamat, di luar kawasan gempa


PETALING JAYA – Pengacara Awal Ashaari yang kini di Jepun berada dalam keadaan selamat susulan gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda wilayah tengah negara itu, Ishikawa petang semalam.

Bekas pengacara program Melodi itu memaklumkan Tokyo yang menjadi destinasi pilihan percutian bersama keluarganya tidak terjejas dengan bencana alam berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, dia dah isteri, Scha Alyahya bersama dua anak mereka iaitu Lara Alana, 10, dan Lyla Aminaa, tiga tahun berada dalam kereta api bawah tanah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sesetengah kawasan di Jepun ada dilanda gempa bumi dan kami sekeluarga berada dalam metro sewaktu kejadian berlaku.

“Tak rasa apa pun, tapi kami ada nampak berita dan paparan video kejadian yang agak teruk. Bagaimanapun ada antara rakan kami yang berada di sini merasakan gegaran di bilik hotel mereka.

“Alhamdulillah kami sekeluarga okey dan terima kasih kepada semua yang bertanya khabar memastikan kami selamat,” katanya dalam Instagram Story.

Menurutnya daripada pemerhatian, aktiviti harian di tengah bandaraya berjalan seperti biasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semua orang jalani hidup macam biasa sebab mereka sudah terbiasa dengan kejadian sedemikian.

“Harapan saya semoga kita semua dipelihara dan semoga Allah lindungi kami dan semua yang berada di negara Matahari Terbit ini. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Awal dan keluarganya tiba di Tokyon pada Sabtu lalu bersempena cuti sekolah anak sulungnya Lara selain meraikan Scha yang baru selesai menyempurnakan tugasan.

Dalam kejadian gempa bumi semalam, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran tsunami besar melanda wilayah Noto.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agensi terbabit menggesa penduduk di kawasan bencana termasuk wilayah Niigata, Toyama dan Ishikawa berpindah segera berikutan amaran tsunami tersebut. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement