Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

AWAS! Sindiket Macau Scam Kini Guna Nama ‘LHDN’, ‘Bank Negara’ Dan ‘AIA Insurance’


Sindiket penipuan Macau Scam semakin hari semakin menjadi-jadi dalam usaha untuk memperdayakan mangsa menggunakan taktik terbaru.

Kali ini, mereka dilaporkan menggunakan taktik kreatif terbaru dengan memetik nama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara dan AIA Insurance.

Sebelum ini, telah banyak kes kejadian penipuan melibatkan sindiket Macau Scam yang melibatkan kerugian wang sehingga jutaan ringgit menggunakan pelbagai taktik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Personaliti dalam bidang perguaman terkemuka Zee How Tai atau lebih popular dengan gelaran Apek Cina baru-baru ini telah membuat pendedahan mengejutkan mengenai Macau Scam.

Khabarnya, beliau telah berjaya menyelamatkan tiga rakannya dari menjadi mangsa penipuan Macau Scam yang menggunakan taktik terbaru tersebut.

Berikut merupakan kisah yang dikongsikan beliau melalui Facebooknya, Ulasan Apek Cina.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom Tangkap Layar Dari Facebook Ulasan Apek Cina
Tangkap layar dari Facebook Ulasan Apek Cina

Mohon kongsikan post ini untuk membantu lagi ramai daripada ditipu duit simpanan oleh scammer.

Dalam tiga minggu ini, Apek Cina telah berjaya menghalang 3 sahabat saya daripada ditipu scammer Macao melalui telefon.

Tiga-tiga kawan saya ini masing-masing menerima panggilan daripada “LHDN”, “Bank Negara” dan “AIA Insurance”.

Mereka menerima panggilan daripada LHDN/BNM/AIA, dan taktik yang sama digunakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
  1. Mereka menuduh kamu bahawa identiti kamu disalahguna oleh orang lain, contohnya, Kad Pengenalan kamu telah diguna untuk membuka syarikat; atau kad pengenalan kamu telah digunakan untuk membeli dan menuntut insurans;
  2. Kemudian, mereka akan menuduh bahawa kamu melanggar undang-undang seperti tuntutan palsu, pengubahan duit haram.
  3. Setelah itu, mereka akan “menyambung talian“ kepada PDRM dan memberikan satu nombor telefon kepada kamu. Mereka meminta kamu “periksa“ nombor itu daripada Google, tetapi tidak membenarkan kamu menelefon kerana kamu masih atas talian.
  4. Nombor telefon yang mereka berikan itu, berbeza sikit dengan nombor betul balai polis. Ada kes, Dia bagi nombor yang berbeza urutan sikit – contoh dalam kes semalam, dia bagi nombor seorang Sarjan dari IPK Kontinjen Negeri Sembilan – 06-6782222, di mana nombor sebenar adalah 06-7862222. Sekiranya kamu tidak berwaspada, kamu akan ingat bahawa nombor tersebut sememangnya daripada seorang Sarjan.
  5. Setelah nombor telah disambungkan kepada “PDRM“, mereka akan memberitahu nombor kad pengenalan kamu secara tepat.
  6. Maka mereka akan tanya kamu tentang perincian lain seperti nombor bank akaun, jumlah duit dan sebagainya.
  7. Apakah yang mereka lakukan seterusnya? Menakutkan kamu bahawa kamu adalah dalam siasatan untuk kes jenayah lain seperti dadah, duit haram, lari cukai dan sebagainya. Kalau kamu potongkan talian masa itu, mereka akan panggil balik bertubi-tubi.
  8. Ketika itu, kamu sudah takut dan letih. Kamu akan menafikan segala-galanya. Masa itulah, “Sarjan “ tersebut akan menakutkan kamu lagi dan menghulurkan bantuan.
  9. Bantuan terpulang kepada jumlah duit simpanan kamu. Kalau duit tak banyak, maka mereka akan minta kamu pinjam duit dan bank in kepada akaun sekian-sekian sebagai “deposit” dan setelah kes selesai, mereka akan pulangkan duit tersebut.
  10. Jikalau duit kamu banyak, maka mereka akan meminta perincian banking dan password dan nombor TAC sebagainya untuk siasatan lanjutan untuk bersihkan nama kamu.

Tiga-tiga sahabat saya text saya dengan phone yang kedua setelah berjam-jam berurusan dengan “Sarjan” atau “Inspektor“ tersebut. Mereka takut kerana tidak pernah berurusan dengan PDRM, mereka juga letih dan penat masa itu.

Saya seorang peguambela jenayah. TENTULAH saya berkawan dengan PDRM khususnya pegawai penyiasat.

  1. Pegawai penyiasat TIDAK AKAN memanggil kamu bertubi-tubi untuk siasatan dengan telefon.
  2. Biasanya akan WhatsApp. Mereka tidak takut untuk memberikan nombor WhatsApp peribadi mereka kerana mereka hanya menunaikan tanggungjawab sebagai pegawai penyiasat.
  3. Mereka sibuk, tiada masa “melayan“ kamu atas talian berjam-jam. Jikalau maklumat lanjutan diperlukan, mereka akan memanggil kamu ke pejabat bawah seksyen 111–113 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan.
  4. Begitu juga sama dengan panggilan dari mahkamah. Saya berurusan dengan mahkamah, tiada sekali ada panggilan daripada mahkamah untuk menghadiri mahkamah. Semua melalui surat-menyurat/e-mel/e-filing.

Nasib baik sahabat-sahabat call saya. Kes semalam, saya call ke IPK Negeri Sembilan melalui nombor yang betul, PDRM memberitahu saya terus bahawa itu adalah scammer.

Bila saya minta sahabat pasangkan “loud speaker” dengan “ Sarjan” tersebut, “Sarjan” pula menjerit kepada saya.

Maka saya minta sahabat saya tutupkan talian tersebut dan panggil kepada IPK Negeri Sembilan sendiri dan beliau dinasihati PDRM bahawa itu adalah scammer.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sentiasa berwaspada.

Sekiranya ada kes kerajaan/PDRM, takkan seorang pegawai melayan anda “berjam-jam“ dan tidak berikan peluang untuk berehat. LHDN telah keluarkan e-mel menyatakan bahawa mereka tidak akan “call“ dan “menyambung talian“ kepada PDRM.

Mohon kongsikan post ini untuk menghalang mereka daripada ditipu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Ulasan Apek Cina

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement