”Ayah Pesan Minta Anak-anak Mandi & Solatkan Jenazahnya,” Anak Allahyarham Suhaimi Saad
Allahyarham Mohd Suhaimi Saad penah berpesan agar anak-anak menguruskan jenazahnya apabila meninggal dunia nanti, lapor Sinar Harian.
“Ayah pernah pesan agar anak-anak uruskan jenazahnya,” ujar anak sulung kepada allahyarham, Ehmad Hadie Elfardie.
Sebelum kesihatan allahyarham semakin merosot sejak seminggu lalu, Ehmad, 15, memaklumkan ayahnya menitipkan pesanan tersebut.
Gambar: Sinar Harian
“Ayah pesan kalau ayah tak ada nanti mandikan ayah, solatkan ayah. Alhamdulillah, semua itu sudah selesaikan, sudah dilakukan.
“Selain itu, ayah juga minta agar saya dan adik-adik jaga solat dan jangan tinggal mengaji,” jelasnya sewaktu ditemui Sinar Harian hari ini.
Katanya lagi, dia reda dengan apa jua yang terjadi dan berlapang dada dengan pemergian bapa tercinta.
BACA JUGA: Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”
Hari-hari bersama ayahnya merupakan momen terindah dalam hidup, jawab Ehmad Hadir sewaktu ditanya mengenai kenangan manis bersama ayahnya.
“Kami semua (adik beradik) rapat dengan ayah. Hari-hari menjadi kenangan terindah bersama ayah.
“Ada sahaja benda yang seronok kami buat dengan ayah,” ujarnya lagi.
Gambar: Sinar Harian
Pada pagi tadi, jenazah Allahyarham yang juga bekas vokalis kumpulan nasyid In-Team itu selamat dikebumikan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.
Untuk makluman, Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Nordiana Mohd Naim, 39, pada 12 Ogos 2007.
Perkahwinan itu menyaksikan mereka dikurniakan empat cahaya mata terdiri daripada Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Semalam, Mohd Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 petang di Hospital Sultan Ismal (HSI) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Pemergian allahyarham dimaklumkan Kumpulan nasyid, Inteam dalam satu hantaran di Facebook.
“Sahabat kami yang kami kasihi, Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam.
“Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” maklum Inteam dalam hantaran itu tadi.
Sempat Mohon Maaf Sebelum Ditidurkan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan allahyarham sempat memuat naik hantaran memohon maaf sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)
“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang,” tulisnya di akaun TikTok.
Sumber: Sinar Harian
The post “Ayah Pesan Minta Anak-anak Mandi & Solatkan Jenazahnya,” Anak Allahyarham Suhaimi Saad appeared first on Siakap Keli.
Artikel asal oleh: Siakap Keli
RM13.01
