Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

“Ayam Nak Masuk Tidoq…” Lelaki Membebel, Oyen Buat Hal Masuk Lubang Sangkar Nak Kacau Anak Ayam


Seorang lelaki membebel terhadap kucing Oyen miliknya bernama Toyen kerana sanggup masuk dalam sangkar nak kacau anak ayam.

Setiap hari ada sahaja telatah nakal yang ditunjukkan sehingga membuatkan ramai yang makin sayang dan ingin membela haiwan ‘berbulu’ yang dikenali sebagai Oyen.

Meskipun pada asasnya kucing Oren yang pernah dikategorikan sebagai haiwan yang susah dijaga disebabkan perangainya, namun lama-kelamaan kucing itu tidak pernah gagal membuatkan ramai tersenyum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sama seperti manusia, perangai Oyen ini berubah-ubah mengikut ‘angin’ mereka. Ada hari mereka menjadi seperti haiwan yang mendengar kata, namun kebanyakan hari Oyen bertindak mengikut kemahuannya sendiri.

Kebiasaannya, kita digemparkan dengan perangai haiwan berbulu itu di laman Facebook kumpulan kucing, namun baru-baru ini ada seorang individu berkongsikan mengenai kucing Oyen miliknya di TikTok.

Meletakkan nama akaun TikTok berdasarkan ekor kucing miliknya, @Ekoqkontot itu sering menyiarkan perangai Si Toyen yang sering mengacau haiwan-haiwan lain yang berada di rumahnya seperti ayam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lelaki tersebut sering mendokumentarikan hidup Toyen dari kecil sehinggalah badannya ‘membesar’ namun ada satu yang tidak berubah iaitu perangainya yang nakal.

| KampungmamakcomTangkap Layar Tiktok

Menerusi video terbaharu, Toyen dilihat berguling-guling bermain dengan haiwan berkaki dua, iaitu seekor anak ayam yang sedang dipeluk erat olehnya di luar sangkar.

Toyen khusyuk bermain sehingga tidak sedar bahawa azan Maghrib berkumandang di mana ia adalah waktu lelaki itu untuk mengurung anak ayam dibelanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ayam nak masuk tidoq, esok la main hang berguling kat situ kotoq!” ujarnya dalam video itu.

Namun Toyen tidak berputus asa dan tetap mengejar anak ayam itu untuk menggomolnya sehingga dia sanggup masuk ke dalam sangkar ayam melalui satu lubang kecil.

Tindakan Toyen semestinya mengejutkan pemiliknya, kerana dia tidak menyangka kucing itu akan masuk ke tempat kecil dan sempit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ya Allah, Allahuakbar, aku geram sunggoh budak Toyen ni! Tubik tubik!” jeritnya.

| KampungmamakcomTangkap Layar Tiktok

Seperti biasa, Toyen memaparkan wajah yang tidak bersalah kepada pemiliknya dan masih duduk di dalam sangkar, tiada tanda untuk mahu keluar.

“Sampai terjun masuk lagu tu. Siapa dia yang kata tak boleh masuk dalam lubang ni, kata aku yang bubuh, hampa ni la takda pasai nak bubuh dalam tu,” tambahnya menjelaskan kepada pengikut yang Toyen memasuki lubang itu sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video itu mencuit hati dek kerana pemiliknya bercakap dalam loghat Kedah sambil-sambil membebel kepada anak bulunya itu, Toyen.

Walaupun namanya berbeza tetapi itu tidak bermakna perangai mereka berbeza, Oyen tetap Oyen. Kini Toyen berjaya menambat hati orang ramai kerana karenah yang ditunjukkan olehnya.

@winssawie

Advertisement. Scroll to continue reading.

yg kata sy boh toyen masuk dlm lubang tu pastu bt video.ni hampa tingok mcm mn badan gemuk dia lompat masuk dlm tu. magrib2 ja kena bekalai dng depa dulu.#toyen#samsemkgdusun

♬ bunyi asal – Ekoq kontot – Ekoq kontot

BACA JUGA: Oyen: “Di Luar Samseng, Di Rumah Makan Mak Suap..”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tiktok / Ekoq Kontot

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan...

Sukan

3s LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara meneruskan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 apabila mudah membenam Kazakhstan 5-0 dalam...

Advertisement