Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Ayda Jebat cabar diri kurus lepas bersalin


PETALING JAYA – Penyanyi Ayda Jebat mencabar dirinya untuk menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram (kg) dalam tempoh 30 hari.

Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, 31, cabaran tersebut dilakukan bagi mendapatkan semula berat badannya sebelum hamil anak kedua iaitu sekurang-kurangnya 46kg.

“Hendak buat cabaran kuruskan badan dalam tempoh 30 hari!

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Berat saya sebelum hamil anak nombor dua adalah 43kg. Kali terakhir timbang berat sebelum bersalin sudah 55kg.

“Cabaran untuk diri sendiri ialah sekurang-kurangnya turun kepada 46kg dalam tempoh 30 hari. Rasa-rasanya boleh atau tidak?” katanya dalam satu hantaran Instagram.

Sementara itu, Ayda yang pernah popular menerusi Bukan Gadis Biasa itu memberitahu doktor turut menasihatkannya agar tidak terlalu terikat dengan makanan wanita yang sedang berpantang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Doktor sudah pesan supaya makan tidak pantang sangat, asalkan ambil makanan berkhasiat. Jangan tidak makan sebab nak kurus.

“Kalau tidak makan, nanti tiada tenaga, hendak sembuh lagu dan susu juga akan berkurangan.

“Nanti saya kemas kini. Mampu atau tidak hendak kurus,” ujar pelantun lagu Pencuri Hati itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, pada 12 Disember lalu, suaminya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir mengesahkan Ayda sudah selamat melahirkan anak kedua mereka yang diberi nama Aali Mateen Ahmad Nabil.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, 2, pada 21 September tahun yang sama. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement