Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Ayu, Nourul sudah berbaik, normal ibu anak bergaduh – Ajai


DAMANSARA – Penyanyi dan komposer, Ajai mendedahkan hubungan anak sulungnya, Ayu Nazirah dan bekas isteri Nourul Depp sudah kembali pulih.

Pemilik nama penuh Mohamad Faizal Maas itu menyifatkan persengketaan yang berlaku sebelum ini sebagai perkara normal dalam hubungan ibu dan anak.

“Anak dengan ibunya sudah okey. Ayu sendiri memaklumkan kepada saya yang dia sudah berbaik dengan ibunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah, Ayu kata Nurul ada hantar mesej selain Ayu sendiri sudah minta maaf kepada ibunya.

“Sebenarnya normal ibu terasa hati dengan anak atau pun sebaliknya,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sama ada dia ada menasihati anak dan bekas isterinya apabila berlaku perselisihan faham, bekas anggota kumpulan Exists itu berkata dia enggan masuk campur memandangkan masing-masing sudah dewasa.

“Saya memang tak masuk campur sebab bagi saya, mereka sudah dewasa untuk menangani isu sebegini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sangat memahami mereka tapi apa boleh buat, darah mereka sama, kalau sana api sini juga api. Jadi, tugas saya untuk jadi air,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran rakaman semula lagu Saat Hilang Cintamu nyanyian Aufahanie

Selain itu, Ajai mengambil pendekatan enggan mengulas dakwaan puteri sulungnya tinggal bersama pelakon Maria Farida sehingga menjadi punca perbalahan antara Nourul, 46, dan anak daranya itu.

Sebaliknya kata Ajai, anak gadisnya itu sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi kepada aktres berkenaan dan mempunyai rumah sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ayu pernah jadi pembantu peribadi Maria Farida tetapi dia ada kerja tetap dalam bidang zoologi. Ayu pun ada rumah sendiri,” katanya yang tidak menghalang sekiranya Ayu mahu mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga anak Maria Farida, Mizan Ashley.

Sebelum ini, Nourul yang terkenal dengan lagu Kerana Terluka mengakui ada konflik dan berkecil hati dengan puteri sulungnya.

Kata penyanyi berkulit hitam manis itu, dia berharap masalah dalaman keluarganya dapat diselesaikan dengan baik tanpa campur tangan mana-mana pihak.  – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications