Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Azabnya mulut – Jasmin Hanid sentap diejek macam nenek


PETALING JAYA – Dikutuk tidak sepadan bersuamikan lelaki muda, pelakon senior Jasmin Hamid yang dikatakan seperti nenek tampil ‘menyekolahkan’ netizen.

Jasmin atau nama lengkapnya Jasmiah Abdul Hamid, 52, menyifatkan tindakan keterlaluan individu yang bukan pengikut media sosialnya itu seolah-olah menidakkan kebesaran Tuhan.

“Astaghfirullah, azabnya mulut awak ini. Apa salah saya dekat awak. Awak pun bukan pengikut media sosial saya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Masuk ‘rumah’ saya tinggalkan komen begini. Awak tahu tak awak sudah sakitkan hati saya dan paling penting awak menidakkan kebesaran Allah,” katanya menerusi aplikasi TikTok.

Bagaimanapun, pelakon drama Spa Q itu memaafkan individu terbabit, sekali gus mendoakan kebaikan buatnya supaya menjadi insan lebih baik pada masa hadapan.

“Awak lupa ya, jodoh, ajal, rezeki dan maut semuanya di tangan Allah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Macam itulah juga saya bila dijodohkan dengan suami muda yang sememangnya rezeki dan ketentuan Allah.

“Tidak mengapa, saya maafkan kekhilafan awak dan doakan awak dapat hidayah supaya menjadi manusia yang lebih baik dapat memberi manfaat kepada orang lain,” ujarnya.

Kejadian tersebut bermula gara-gara seorang netizen meninggalkan komen ‘Nenek dengan cucu’ dalam video sambutan ulang tahun perkahwinan kedua bersama suaminya, Nazmir Abd. Rahim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum mendirikan rumah tangga bersama Nazmir pada November 2021, Jasmin pernah berkahwin dengan Ian Rashid pada 2000 dan berpisah pada 2008.

Hasil perkahwinan terdahulu Jasmin dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ian Haziq. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement