Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Azeem mahu layak cara terhormat


PELARI terpantas negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi tidak pernah terlintas untuk melayakkan diri ke pentas Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis bermula 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan dengan cara mudah iaitu mengharapkan tiket ­wildcard.

Jaguh pecut berusia 19 tahun itu tetap berkeyakinan tinggi dia mampu mencapai had kelayakan ditetapkan untuk acara 100 ­meter (m) iaitu 10 saat (s) walaupun ia memerlukannya meme­cahkan rekod kebangsaan 10.09s miliknya ketika ini.

Bagi Azeem, ia bukan satu tugas mustahil kerana dia sememangnya dalam perjalanan me­nuju ke catatan tersebut, sekali gus menjadi pelari pertama dari rantau Asia Tenggara berjaya mencetak masa bawah 10s.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penuntut Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat (AS) itu bersedia memberikan lebih daripada 100 peratus sebaik ­bermulanya kalendar olahraga 2024 sebelum tarikh tutup kelayakan Olimpik berakhir pada 30 Jun tahun depan.

“Saya masih mengharapkan layak secara merit. Saya tak fikir (tiket) wildcard walaupun mungkin saya boleh dapat nanti. Buat masa ini ada cara lain untuk la­yak merit melalui ranking dunia.

| Kampungmamakcom
AZEEM tengah mencipta sensasi apabila meraih pingat gangsa acara 100m Sukan Asia Hangzhou pada September lalu

“Saya perlu berada dalam kelompok 48 terbaik (dunia) dan sekarang saya pada kedudukan ranking ke-38. Maknanya saya perlu terus berusaha untuk mengekalkan situasi ini supaya dapat layak melalui ran­king ­kalau tak dapat buat catatan masa (10s).

“Kalau kedua-duanya saya tak boleh dapat, harapnya saya boleh ke sana (Olimpik Paris) dengan wildcard. Itu sajalah jalan terakhir,” kata bintang pecut dari Teluk Intan, Perak itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika berjaya, Azeem berpe­luang merekodkan sejarah baharu arena olahraga negara sebagai pelari pertama meraih tiket automatik ke Sukan Olimpik selepas kali terakhir legenda Malaysia, Watson Nyambek me­lakukannya pada edisi 2000 di ­Sydney, Australia.

Meskipun sedar ia bukanlah tugas mudah, tetapi Azeem sebenarnya mempunyai potensi berdasarkan prestasi dan kejayaannya sepanjang tahun ini.

Anak didik kepada Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah itu konsisten berlari dengan catatan masa dalam lingkungan 10.10s hingga 10.30s dalam 13 perlumbaan 100m tahun ini bermula Mac sehinggalah final Sukan Asia Hangzhou di China pada September lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menariknya, Azeem berjaya meraih pingat gangsa 100m Sukan Asia Hangzhou, sekali gus menamatkan penantian 41 tahun negara sejak Datuk Rabuan Pit menjuarai edisi 1982 di New Delhi, India.

| Kampungmamakcom
AZEEM dijadualkan mengambil bahagian dalam 29 kejohanan dalam tempoh tujuh bulan bermula Januari ini

Dia yang kini berguru di bawah Olimpian dari Zimbabwe di Auburn, Ken Harnden, percaya 29 perlumbaan bakal disertainya tahun depan termasuk 60m dalam dewan, adalah mencukupi buat dirinya walaupun ada yang merasakan jumlah itu terlalu banyak.

“Saya ada tempoh tujuh bulan sehingga tamat (kelayakan ­Olimpik) hujung Jun tahun depan. Ia bukan satu isu kerana sebelum ini saya sudah biasa berlari sebanyak itu. Saya harap dapat capai masa 10s dalam tempoh itu.

“Tahun depan saya tiada sasaran atau impian lain, fokus hanyalah ­Olimpik. Itu sahaja dalam fikiran saya,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Azeem, seorang lagi atlet negara sedang memburu tiket merit ke Olimpik Paris tahun depan ialah ratu pecut 400m, Shereen Samson Vallabouy yang turut berpangkalan di Florida, AS di bawah bimbingan jurulatih, Derrick White.

Realistik­nya, Azeem dan Shereen dilihat sebagai calon terbaik buat ­Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk menyenaraikan mereka berdua mengisi slot wildcard lelaki serta wanita sekiranya tiada mana-mana atlet lain layak secara ­automatik ke Paris 2024.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement