Hi, what are you looking for?

Sukan

Azizulhasni, Pandelela ungguli ASN 2021


JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Lebih manis, juara dunia keirin 2017 itu menjadi atlet lelaki pertama yang memenangi anugerah tersebut buat kali kelima selepas merangkul anugerah tertinggi sukan berkenaan pada 2009, 2010, 2017 dan 2019/20.

Atlet berusia 35 tahun itu diangkat sebagai Olahragawan Kebangsaan dua kali berturut-turut selepas mengenepikan cabaran empat calon lain termasuk juara badminton dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) dan Syarifuddin Azman (permotoran).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya rasa terharu dipilih sebagai olahragawan negara buat kali kelima dalam karier. Saya ingin pastikan kemenangan ini bukanlah yang terakhir kerana saya sentiasa dahagakan kejayaan.

“April 2022 saya jalani pembedahan selepas berdepan masalah jantung yang jarang ditemui. Selepas pembedahan, ramai me­nganggap ia adalah pengakhiran karier saya tetapi saya bangkit dan kembali mendapatkan pres­tasi berkelas dunia,” katanya selepas menerima anugerah tersebut yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut memeriahkan majlis tersebut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abdul Halim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai rekod, sepanjang musim 2021, atlet kelahiran Du­ngun, Terengganu itu menampilkan aksi cukup memberangsangkan termasuk menyumbang pingat perak buat kontinjen negara pada Sukan Olimpik 2020 yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Selain itu, dia juga mendapat rezeki tidak disangka-sangka apabila dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk seminggu sebelum beraksi di Olimpik.

Sementara itu, anugerah Olahragawati Kebangsaan menjadi milik ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, sekali gus menjadi gelaran keempatnya selepas memenanginya pada ASN 2011, 2012 dan 2015.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemilihan atlet berusia 30 tahun itu dibuat berdasarkan beberapa pencapaian pada 2021 termasuk menjadi penerjun Malaysia pertama yang merangkul pingat emas pada Kejohanan Terjun Piala Dunia di Tokyo, Jepun.

Pandelela melakar catatan bersejarah itu ketika dia memenangi acara 10 meter (m) platform individu wanita dengan mengutip 355.70 mata keseluruhan menewaskan atlet Jepun, Matsuri Arai yang memenangi perak serta Caeli McKay dari Kanada di tempat ketiga.

“Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN (Majlis Sukan Negara) kerana beri penghargaan ini kepada saya kerana tidak mudah untuk jadi atlet mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Adalah lumrah atlet dipuji apabila menang dan apabila kalah, tahu-tahulah. Saya tidak lupa kata-kata semangat daripada orang yang dekat di hati seperti jurulatih, rakan-rakan dan semua yang menyokong,” ujarnya.

Bagi kategori Olahragawan Paralimpik Kebangsaan pula menjadi milik Bonnie Bunyau Gustin, manakala Brenda Anellia Larry dipilih sebagai Olahragawati Paralimpik Kebangsaan.

Azizulhasni, Pandelela, Bonnie dan Brenda masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEBERANG PERAI – Seramai 12,380 warga asing yang ditahan di depoh imigresen di seluruh negara telah dihantar pulang ke negara masing-masing tahun ini....

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications