Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Babor penakluk bandar Meru Raya


IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja Rural, Daniel Babor untuk menakluk Peringkat 4 dari Bukit Mertajam ke Meru Raya selepas tampil dengan ka­yuhan bertenaga sepanjang laluan 140.2 kilometer (km) tersebut semalam.

Walaupun dihalang oleh dua pasukan, Bolton Equities Black Spoke dan Human Powered Health sewaktu menuju ke 100 meter penamat, namun Babor bijak mencari ruang untuk me­lakukan henjutan untuk dinobatkan juara peringkat pada perlumbaan terulung Asia tersebut.

Lebih manis, pelumba berusia 24 tahun itu turut mencipta sejarah apabila menjadi pelumba Republik Czech pertama memenangi perlumbaan peringkat LTdL dengan catatan masa 3 jam 6 minit 5 saat (s).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagi saya, perlumbaan hari ini (semalam) sangat mencabar dan untuk mencapai kemenangan ini dibantu dengan kerjasama rakan sepasukan. Mereka memberikan yang terbaik sepanjang perlumbaan ini.

“Kemenangan ini adalah satu pencapaian yang besar kerana saya bergelut tahun ini, namun menuju ke penghujung musim, saya berjaya memberikan kayuhan mantap buat diri sendiri dan pasukan,” kata pelumba berusia 24 tahun itu.

Juara peringkat pertama Sabtu lalu, Arvid De Kleijn dari pasukan Tudor Pro Cycling berjaya mengekalkan Jersi Jingga selaku Raja Pecut selepas mengumpul 30 mata, manakala Enrico Zanoncello (Green Project-Bardiani CSF-Faizane) ketinggalan satu mata, diikuti Jackson (27 mata).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Jersi Putih (Terbaik Asia) berjaya dirampas pelumba Thailand Continental Cycling Team, Ratchanon Yaowarat (16:01.16s), diikuti rakan sepasukannya, Thanakhan Chaiyasombat (16:01.20s) dan pelumba skuad kebangsaan, Muhammad Nur Aiman Rosli di kedudukan ketiga (16:01.20s).

Jersi Polka Dot (Raja Bukit) kekal milik pelumba Tudor Pro Cycling Team, Simon Pellaud yang gah dengan 20 mata diikuti dua pelumba Green Project-Bardiani CSF-Faizane, Luca Covili (12) dan Matteo Scalco (11).

Peringkat kelima hari iniakan berlangsung dari Slim ­River ke Genting Highlands sejauh 126.4km.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Sukan

0 LONDON – Pelumba McLaren, Lando Norris mengharapkan perubahan besar berlaku ke atas jenteranya menjelang saingan musim depan bagi membolehkannya konsisten dalam setiap perlumbaan....

Hiburan

0 KUALA LUMPUR – Persembahan finalis All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Liza Hanim yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On diibaratkan sebagai...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications