Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Baby Naail, Athif Mula Bernafas Sendiri Tanpa Perlukan Alat Bantuan Pernafasan Untuk Masa Yang Lama


Baby Naail, Athif Mula Bernafas Sendiri Tanpa Perlukan Alat Bantuan Pernafasan Untuk Masa Yang Lama – Founder Misi

Setelah beberapa bulan menerima suntikan ubat Zolgensma bernilai RM9.8 juta, Muhammad Athif Fahri dan Wan Muhammad Naail yang masing-masing menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 dilaporkan telah menunjukkan perkembangan positif, kata Founder Misi.

Dalam satu hantaran di Facebook, Founder Misi memaklumkan otot kedua-dua bayi tersebut telah berhenti merosot, seperti yang diberitahu oleh ibu bapa mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ibu bapa baby Naail dan Athif memaklumkan otot mereka dah berhenti merosot dan mula lalui proses menghidupkan otot setiap bahagian tubuh.

“Naail dan Athif juga dah boleh buka alat bantuan pernafasan untuk masa yang semakin lama, bererti otot jantung mereka dah semakin pulih dan menguat,” katanya dalam satu hantaran pada Ahad.

Baby Qaisar perlukan bantuan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Founder Misi turut menjelaskan dana Athif yang mempunyai baki kira-kira RM1.0 juta telah dipindahkan kepada baby Qaisar, yang juga menghidap masalah sama.

Founder Misi berharap agar orang ramai dapat memberikan bantuan kepada baby Qaisar sepertimana mereka membantu kedua-dua bayi sebelum ini.

“Dana Athif sebelum ini ada baki RM1,908,281.80 kini dah dipindahkan 100 peratus kepada baby Qaisar pula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya harap kita sempat bantu Qaisar sebab sepatutnya kita terus sambung haritu selepas selesai Athif.

“Tapi disebabkan serangan dan halangan pelbagai pihak, saya terpaksa urus semula semua sistem dan tukarkan semuanya kepada 100 peratus yayasan,” jelasnya.

BACA: Baby Naail Selamat Terima Suntikan Ubat Zolgensma RM9.8 Juta Semalam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, keadaan baby Qaisar pada ketika ini amat merisaukan kerana ia tidak boleh dijangka.

Dengan bantuan ubat Zolgensma ia mampu memberi nafas baru kepada baby Qaisar.

“Baby Qaisar ada penyakit yang sama, usia dah lebih jadi dia ada lagi beberapa bulan sahaja jangka hayat dia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia kena disegerakan, kalau dia tak dapatkan ubat Zolgensma secepat mungkin, kita takut dia boleh berhenti bernafas bila-bila masa.

“Sekarang ini giliran baby Qaisar, kita kena bantu,” tambahnya.

Bagi mereka yang ingin membantu, layari laman web Misi Rakyat atau ke laman Facebook Founder Misi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Founder Misi/Facebook

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications