Hi, what are you looking for?

Sukan

Badminton: Lapan pasukan tempah tiket ke pusingan akhir


PERSEMBAHAN garang Kelab Badminton Perling, (Perling BC) pada saingan pusingan pertama Kejohanan Badminton AEON Credit Purple League Junior 2021-2022 (ACPLJ) membuahkan hasil apabila mereka telah berjaya menempah tiket ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada Februari depan.

Kelab dari negeri Johor itu tidak berdepan masalah apabila berjaya meraih dua kemenangan besar 15-0 ke atas Mentakab BC dan 13-4 ke atas Seremban City BC sekaligus mengetuai carta empat pasukan bawah-15 tahun terbaik dengan kutipan mata set sebanyak 332-163 dalam saingan yang berlangsung selama dua hari di Smazh Premium Outlet, Melaka.

Perling BC akan diiringi oleh jiran mereka Segamat Spiritual BC, Damansara BC dan kelab dari Sarawak, WCBF Sibu yang berjaya menjuarai kumpulan masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut jurulatih Perling BC, Albert Lim, dia berpuas hati dengan prestasi anak buahnya sepanjang dua hari di Melaka.

“Saya berpuas hati melihat para pemain beraksi dengan baik. Tetapi saya tidak mahu terlalu yakin kerana kami belum berdepan dengan lawan yang lebih hebat dari kami.

“Kami akan terus berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh bagi berdepan pasukan yang hebat pada pusingan akhir nanti. Kami perlu mara ke separuh akhir terlebih dahulu sebelum boleh memikirkan untuk ke final,” ujar Albert.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi pasangan beregu campuran Perling BC, Dania Sofea dan Tania Nair pula, mereka berharap rakan sepasukan yang lain untuk kekal fokus menjelang pusingan akhir pada Februari.

“Kami berharap kami dapat mengekalkan momentum dan juga fokus untuk memberi yang terbaik pada pusingan akhir nanti.”

Pusingan pertama ACPLJ juga telah menyaksikan 4 pasukan terbaik kategori bawah-18 tahun memastikan kemaraan mereka ke pusingan akhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Prestasi konsisten yang dipamerkan oleh Ampang Jaya BC memastikan slot mereka di pusingan akhir bersama-sama DSBC Labuan, Damansara BC serta Ayer Keroh Sports Centre (AKSC).

Aksi pusingan kedua ACPLJ akan disambung pada 15-16 Januari di Sixbase Sport Arena, Kampar dan 22-23 Januari di Tops Arena Empire, Cheras.

4 pasukan terbaik setiap kategori pada setiap pusingan pula akan berentap di pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 19-20 Februari depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JAKARTA: Seorang lelaki dari wilayah Soppeng di Sulawesi Selatan ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh bapa tirinya yang sedang tidur dengan menggunakan sebatang...

Mamak News

0 Batal Atau Tak Kunyah Gula-Gula Getah Ketika Berpuasa? Ini Jawapan Mufti Di bulan Ramadan ini, pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah nafas...

Sukan

0 VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua...

Mamak News

0 BATU PAHAT – Taktik menjadikan kereta sebagai stor menyimpan dadah akhirnya berjaya dihidu polis selepas seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Pekan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications