Hi, what are you looking for?

Mamak News

Bagaimana ZUS Coffee Dapat Menakluki Pasaran Kopi Di Malaysia Dalam Masa Yang Singkat


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Kejayaan yang dicipta oleh jenama minuman kopi tempatan ZUS Coffee dalam jangka masa yang singkat memang sangat menakjubkan.

Meskipun hanya baru bermula pada tahun 2019, dijangka menjelang akhir tahun ini, jumlah rangkaiannya di seluruh negara bakal mencecah 180 unit!

Walaupun ZUS Coffee telah mencetus kontroversi baru-baru ini, terdapat banyak pengajaran positif yang dibawakannya untuk dunia bisnes tempatan seperti yang dikongsikan oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin di laman Facebooknya ini:

Advertisement. Scroll to continue reading.

ZUS Coffee

BAGAIMANA ZUS COFFEE CEPAT SANGAT MENGUASAI PASARAN COFFEE MALAYSIA

Viral isu 5 sen ni, personally saya tak suka cara mereka handle isu ni, dah la launch campaign sindir duit baki, siap tunjuk rakaman CCTV lagi muka pelanggan, hari ni statement pun tak address real issue nak dibawa. Tak tahulah sengaja ke apa, tapi benda simple macam ni sometimes minta maaf dan akui kesilapan dah memadai.

Ok, back to the topic.

Advertisement. Scroll to continue reading.

ZUS Coffee ni brand daripada Malaysia ya, bukan luar negara. Bermula pada tahun 2019 sekarang mereka ada 141 outlet di seluruh Malaysia dan dijangka buka sehingga 180 outlet tahun ini.

How on earth begitu cepat mereka kuasai pasaran?

1) Waktu Covid Memuncak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Outlet pertama mereka adalah di Binjai, Disember 2019. March 2020 kita lockdown pertama. So how they survived? Not only survived tapi berkembang tak ingat dunia pantas dia.

2) Delivery

Dalam satu wawancara salah seorang co founder mereka, actually Covid ni merupakan a blessing in disguise. Outlet pertama mereka so so sahaja. Lokasi agak tersorok. Jadi apabila dah kena Covid, mereka focus kepada delivery. Antara jenama kopi yang mempunyai delivery sendiri! Sangat tepat sebab Covid orang tak keluar rumah, dan mereka provide makanan ke door step pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

3) Tech Driven

Mereka juga ada apps sendiri. Boleh order di situ dan apabila pegang data pelanggan macam-macam promo lah boleh dibuat. Mereka juga perkenalkan pick up di apps yang mana kita order dulu then sampai terus pick up tanpa perlu beratur.

4) Menu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Actually saya tak pernah try ZUS Coffee ni so tak tahulah sedap ke tidak, tapi boleh lihat kekuatan mereka pada menu yang dekat dengan citarasa orang tempatan. Kekuatan mereka di sini sebab co founder semua peminat kopi jadi mestilah meletakkan priority untuk pembinaan menu yang disukai ramai.

Antara menu hot mereka adalah ZUS Gula Melaka dan ZUS Pandan Gula Melaka. Mereka tergolong dalam speciality coffee which is biji kopi diimport dari Brazil.

Siapa Pengasas?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saya cari tapi tak jumpa! Saya simpulkan pengasas ZUS Coffee ni terdiri daripada mereka yang few expert dalam coffee. Carian SSM cuba search nama director semua muda muda kecuali adalah seorang season investor yang join team mereka.

Malaysia ni kita tiada lagi brand coffee yang besar, harap ZUS Coffee boleh jadi antara terbesar dan mampu pergi lebih luas bukan sekadar di Malaysia sahaja.

Besar jugak revenue mereka untuk tahun kedua operasi, tapi margin very low. Harap mereka boleh bertahanlah di zaman semua barang mentah tinggi ni dan kuasa membeli pun dah berkurang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Good luck ZUS Coffee.

BACA: ‘Baru Faham Kenapa Sesetengah Kopi Cecah RM15’ – Pemuda Kongsi Kisah Awal Berniaga Rasa Untung Banyak Rupanya…

Sumber: Faridzul Asyraf Mat Arifin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR – Penganjuran Malaysia Techlympics 2022 khusus untuk peserta berusia tujuh hingga 30 tahun, berjaya menarik pendaftaran...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Kampung Melayu di Kluang, Johor, Muhammad...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PARIS: Seorang wartawan Perancis mendakwa, Amerika Syarikat (AS) mengaut keuntungan daripada konflik di Ukraine dari segi gas asli...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Tak Gembira Cuti Paterniti Cuma Seminggu, Lelaki Nekad Berhenti Kerja Untuk Luang Masa Dengan Anak Seorang lelaki nekad...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications