Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Bagi Duit Dulu Baru Jalan, Gelagat Warga Emas Ini Jadi ‘Tol’ Di Padawan Buat Netizen Terhibur


“Tipu lah orang Padawan kalau tak kenal siapa ni,” – netizen

Bagi Duit Dulu Baru Jalan, Gelagat Warga Emas Ini Jadi ‘Tol’ Di Padawan Buat Netizen Terhibur. Sarawak sudah bebas tol sejak beberapa tahun, tetapi nampaknya masih ada tol ‘buatan manusia’.

Baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan seorang warga emas meminta wang sebelum membenarkan kereta lalu di kawasan Padawan tular di TikTok dan telah menerima perhatian netizen.

| Kampungmamakcom
Bagi Duit Dulu Baru Jalan Gelagat Warga Emas Ini Jadi Tol Di Padawan Buat Netizen Terhibur

“JPJ Roadblock di area Sibatuh,” – netizen

Video tular itu dikongsi di TikTok oleh individu ini, yang sejak itu telah mengumpul 125.7k tontonan pada masa penulisan.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang warga emas berdiri di hadapan kereta pengguna TikTok tersebut sambil menghulurkan tangan seolah-olah meminta wang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memahami apa yang dikehendaki oleh warga emas itu, pemandu kereta terbabit terus memberikan wang kertas RM1 kepada dia sebelum warga emas berkenaan membenarkan mereka lalu.

Rupa-rupanya, warga emas ini cukup dikenali di Padawan dan sudah agak lama melakukan ‘tol’ atau ‘sekatan jalan buatan manusia’ ini!

“Nenek Luffy nak cari orang untuk masuk syurga,” – netizen

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat warga emas itu yang bertindak sebagai ‘tol bergerak’ di jalan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, ada yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan warga emas terbabit sebelum ini. Sementara itu pula, ramai membuat jenaka masing-masing tentang situasi tersebut.

Anda boleh lihat video sepenuhnya di bawah:

@ayam_goyengsedap

bulak padah org padawan sik kenal sapa ciko tok🤣berik RM1 alu cau🤣#kasifypkawkaw

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ kucing mampus – Kxcingg

Rupa-rupanya Padawan pun ada tol ya. Kalau hari2 minta RM1, 100 orang lalu jalan tu kan senang dah dapat RM100 🤭

Lagi di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

3s LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pelakon Azri Iskandar menangkis dakwaan segelintir individu yang menuduhnya sebagai kaki kikis apabila dikatakan suka mengambil kesempatan terhadap wanita. Kata...

Advertisement